halwa telinga

Tuesday, January 5, 2010

Cete Balik Kampung..








Salam...

Sebenarnya ni cerita ceriti ms lik kampung tahun lepas..dah basi ke?hehehe

Taknak balik,tak nak balik dah pun balik Mesia..hahahaha..dalam tak nak balik sampai gak kampung halaman. Tahu-tahu limo KLIA da sampai depan rumah mak mentua..huhuhuhu..balik kampung akibat perubahan cuaca dan persekitaran anak-anak jadi tak sihat.Amik masa nak sembuh peliknya sampai Yanbu semua jadi sihat belaka. (Abah itu namanya mereka nak duduk lama kat sini) Insya ALLAH jika di beri keizinan dan rezeki lagi.

Gara-gara YES kat Mesia,mata jadi kelabu asap menyopping pelbagai keperluan tambah-tambah baju anak-anak...juling biji mata nak memilih baju anak-anak...Dan abah kotakan janji dia beri ma shopping di Malaya.

tak berkesempatan nak ke mana-mana apatah lagi nak ke Terengganu mahupun ke rumah sanak saudara. Aktiviti banyak di rumah mak dan mentua bagi mereka menghilangkan perasaan rindu dendam pada cucu-cucu mereka. Masa berlalu begitu pantas sehinggalah sibuk dengan majlis pernikahan dan persandingan adik ipar. Dan tentunya hati da tak sabar-sabar nak balik Yanbu.. sudah rindu nak ke mekah..sudah rindu nak ke Madinah.

Baru sampai 3 hari di Yanbu, mama ku pula warded kat GH..Asthma, demam dan paru-paru berair.Punyala gundah gulana hati ku ini. Nasib baik adik-adik ada di samping mama.Alhamdulillah sekarang mama sudah sembuh dan sihat.. Kami akan tunggu mama 20 april nanti di sini ye ma...sama2 ngan kami menunaikan Umrah kelak.

Pastu aqif plak demam nak masuk usia setahun...baik-baik demam terus laju jek jalan..betulah yek nak tambah akal lagi...hehehe..Alhamdulillah Qif...

apa-apa pun layan jek gambo sepanjang kat kampung sempena majlis kawin mak ngah dina dan aqif...

salam...

No comments:

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...