halwa telinga

Sunday, November 21, 2010

Kenangan itu akan kami simpan..Hajj 1431H(2010)




Salam...

Alhamdulillah 7hari memperhambakan diri yang kerdil ini pada Maha Pencipta..Penuh dengan keinsafan, keseronokan, keterujaan...semua rasa bercampur baur. Alhamdulillah semua ALLAH permudahkan buat diri ini dan suami, malah Allah berikan rahmat dan menyaksikan keajaiban. Syukur menjadi yang terpilih...Alhamdulillah.Bukan "GELARAN" yang kami mahukan tetapi KEAMPONAN DAN MENYEMPURNAKAN RUKUN ISLAM KE 5 KAMI...

13 Nov 2010 bersamaan 7 Zulhijah 1431H

Persiapan mental pagi itu adalah untuk meninggalkan dua anak yang tak pernah lagi berpisah dengan kami. Penuh keterharuan yang amat sangat menatap wajah anak-anak. Pesanan yang seawal sebulan di luahkan setiap hari diulang lagi pagi itu.

"Kakak, tolong mama jaga adik...

"Kakak, Aqif mama dan abah nak mengerjakan Haji di Mekah..Seminggu je kita berpisah, kuatkan hati dan semangat.

Tiap kali pesanan di luahkan di tubirmata mesti ada air jernih yang mengalir.Pagi yang hening tu, Dina sampai melutut di kaki ni memegang betis dan peha menangis bersama-sama. Tapi kerana doa sudah lama kami pohonkan kepada ALLAH agar keselamatan anak-anak terpelihara dan dikuatkan hati mereka, kami redha dan pergi dengan senyuman dan keterharuan.

Kala bas bergerak meninggalkan Miqat Juhfah, dan laungan Talbiah bergema di dalam bas kami naiki.. Hati meruntun sayu,bila mana pengertian Talbiah tu bermain2 di tubir mata dan hati..

"Aku sambut seruan MU Ya ALLAH...tangisan ini bukan di buat-buat tapi lahir dari lubuk hati yang penuh mengharapkan keamponan dan penerimaan serta mengharap agar dipermudahkan segala urusan oleh ALLAH s.w.t

Alhamdulillah ALLAH permudahkan hari pertama kami dengan penuh syukur dan nikmat yang tak terhingga menyelesaikan Tawaf Qudum dan saie Haji..Seronok! itu yg dapat diluahkan...

8 Zulhijah 1431H bersamaan 14 November 2010

Dikenali sebagai Hari Tarwiyah maka masa dihabiskan dengan berehat dan ditambah amalan-amalan berzikir dan mengaji Al-Quran di bumi Mina. Khemah Alhamdulillah menempatkan kami semua beramai-ramai. Keperluan asas semuanya cukup malah berlebih-lebih.

9 Zulhijah 1431H bersamaan 15 November 2010

Hari yang dinantikan.. Hari Arafah! Doa yang dikarang yang tebalnya hanya aku dan ALLAH yang tahu apa terkandung akan aku luahkan pada hari ini...

Subuh menginjak berangkat kami ke Arafah penuh dengan debaran di tambah dengan insiden kecil dalam bas no 2...hehehehe...kenangan tu Miraney Dania. hehehe. Bumi Arafah menjadi saksi tangisan kami ni. Menjadi manusia yang kerdil di mata ALLAH.. mulut tak lepas dengan zikir, zikir, zikir dan ayat suci. Sudahnya menyaksikan sedikit keajaiban di Arafah, Alhamdulillah..Rasa masa tidak cukup buat diriku untuk meluahkan segalanya...Di sini aku sedar ALLAH itu maha mendengar, Maha mengetahui..Aku berdoa yang memakbulkan hanya ALLAH jua...Bumi ARafah kami tinggalkan dengan kesayuan. Kalau di beri peluang lagi tidak mungkin akan aku lepaskan peluang emas dan berharga ini.

Kami menuju ke Mudzalifah untuk bermalam. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

10 Zulhijah 1431H bersamaan 16 November 2010

Usai Subuh dan menunggu waktu Dhuha, aku dan suami bergerak ke Jamrah.. Penuh ketenangan.. Ya! hari ini penuh ketenangan. Walau ada yang terhalang di belakang dek kerana di nasihatkan tidak pergi melontar pagi itu. Tapi langkahan kami terusan tenang..melalui terowong Muassem, terpandang bangunan Jamrah. Melontar Jamrah Aqabah dengan tenang di depan kolah..Alhamdulillah dipermudahkan urusan ini, maka doa dipanjatkan selepas melontar. Bertahalul awal lah kami berdua maka terlepaslah 10 larangan ihram daripada 13larangan. Apalagi saat yang di tunggu2 bila sampai khemah ialah mencuci rambut...hehehehe...legaaaaaaaaa...hehehehe.

11 Zulhijah 1431H bersamaan 17 November 2010

Jam 1 tghmalam aku suami, kak zah dan suami, zai dan suami serta amanah kami kak Ros dan kak Sarniah yang bagai ibu kami, berjalan kaki ke Mekah. Jam 330pagi kami sampai di Mekah untuk melakukan tawaf Ifadahah... melakukan tawaf di dataran kaabah penuh dengan debaran tapi Alhamdulillah dipermudahkan selesai azan subuh pengerjaan Tawaf kami selesai dengan satu kepuasaan makan sudah bertahalul thanilah kami..terlepas dari semua larangan ihram.

Jam 10pagi selesai pula kami melontar ketiga-tiga Jamrah pada hari tasrik 11 Zulhijah.

Satu keajaiban juga petang itu ALLAH berikan, aku berpeluang untuk menyaksikan di dada langit. Syukran Ya ALLAH!

Juga ALLAH berikan kami hujan rahmat kalau kata penduduk-penduduk di Mina dan Mekah. pada petang hari selepas Maghrib bumi Mekah dan Mina di basahi Hujan. Zikir dan doa menjadi amalan kami sepanjang penyaksian Rahmat ALLAH itu.. Tidak kurang juga hati ini merasa kerdil dan betapa banyak nya dosa-dosa yang kami lakukan. Tapi ALLAH tetap permudahkan segalanya buat kami.

12 Zulhijah

Aku dan suami serta beberapa rakan memilih untuk melontar selepas waktu asar. Tika itu di dada langit sang kilat dan petir sudah membelah langit! Hujan bakal turun...Angin sudah mula kencang. Kesudahannya kami di limpahi hujan,malah hujan air batu!kami berlindung di salah sebuah dapur sebuah khemah yang berhampiran...Mereka di situ sungguh seronok menikmati Hujan yang turun. Kata mereka di musim haji tahun lepas juga hujan sebegini. Melihatkan mereka yang teruja mandi sambil bersyampu di bawah pancuran air hujan hati menjadi sejuk dan tersenyum. Begitu sekali penerimaan mereka dengan hujan! Hujan rahmat kata mereka...Bila hujan sudah kembali reda kami meneruskan perjalanan ke Jamrah. Alhamdulillah seperti biasa dipermudahkan ALLAH. Dan perjalanan balik kami ke khemah, ALLAH hadiahkan kami pelangi!! Subhanallah...Maka selesailah lontaran kami pada 12 zulhijah dan esok 13 Zulhijah, kami akan melontar sekali lagi kerana kami memilih untuk nafar thani.rakan-rakan kami yang memilih nafar awal, seramai satu coaster telah pun selamat kembali ke Yanbu!

Malam itu perancangan dibuat, semua jemaah nafar thani dari yanbu akan bergerak ke Jamrah usai solat subuh, dan bas akan membawa kami ke Mekah untuk tawaf wida jam 8.30pagi. Aku dan suami dan 4org rakan yang lain memilih untuk berjalan kaki dari Mina ke Mekah. 4.30pagi kami bergerak ke Jamrah dan menunggu sehingga masuk waktu subuh. Kami solat jemaah di Jamrah. Dan akhirnya kami menyempurnakan lontaran terakhir kami di ketiga-tiga jamrah hari tasrik 13 Zulhijah. Alhamdulillah, maka kami terus ke Kota Suci mekah untuk Tawaf Wida'. Maka hari itu sempurnalah sudah pengerjaan haji kami dengan membawa pelbagai kisah dan cerita. Iktibar dan pedoman..pengajaran dan panduan hidup kelak! jadi berakhirlah pengerjaan haji kami. Sudah tentulah kami pohonkan agar ini bukanlah yang terakhir hendakNYA buat kami nanti.

( Sesungguhnya cerita yang saya catatkan hanyalah sebagai koleksi untuk saya kelak. Sebagai satu catatan kepuasan,keinsafan, kekerdilan saya sebagai manusia biasa yang memang tak lepas dari salah dan silap. Mohon kemaponan daripada MU Ya ALLAH akan luahanku di sini, bukan untuk beriak diri tapi sekadar satu catatan halus yg lahir dari lubuk hati kecil aku ini..Ampunkan aku Ya ALLAH!)

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...