Assalammualaikum semua..
Sejak akhir-akhir ni saya suka membaca karya Siti Rosmizah...Setakat ni 4 novel dari hasil tangan beliau memang tidak menghampakan. Novel ni dah berkali saya khatam..( Hahh dalam hati korang mesti kata " Terjemahan Al-Quran ko tak abes khatam baca,ko khatam baca novel berkali2..hehehe..Amik kooo..kan dah kena! Insya ALLAH mudahan Al Quran itu sentiasa bersama-sama diriku!)
tak leh tahan bantai gelak sakan bahasa yang di gunakan dalam penceritaan beliau..bila time part ayat kelakau rasa nak terburai perut ketawa..Bila time sedih mak aiii sedih yang amat macam nak terkeluar biji mata hehehe...Rugi sapa tak baca!
Miraney Dania..apakah pendapat kamu? Roslinda M shariff bila mahu datang amik novel-novel aku ni?hehehe
Tengku Aqilah seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya seorang diri. Kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya.
Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisyam, untuk memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih sayang bapanya, Tengku Aqilah akur jua.
Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris Melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka kerana pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebencian terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah menggapai kebahagian dalam hidupnya?. Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya?. Begitu utuhkah api kebencian Tengku Ryan Ameer pada dirinya?.
1 comment:
oit....ada novel baru lagi ekkk... yg awak bagi tu, baru khatam 1 ja... huahuahua.... camne nak tambah koleksi camnih.... tunggu next cuti la nampaknya...
Post a Comment