halwa telinga

Saturday, June 14, 2008

Berita Sedih Dari Kampung!


Pagi ini kami suami isteri dikejutkan dengan berita kematian anak buah kami...Adik bongsu suami kami yang sememangnya sedang menanti hari akan kelahiran cahaya mata pertama,anaknya telah meninggal dunia di dalam kandungan. Ya ALLAH,betapa tekejut nya kami. Sememangnya kelahiran ini di nanti-nantikan. Kebetulan semalam adik ipar ku Suriati ada menghantar sms memberitahu yang dia da mula sakit-sakit perut macam nak buang air besar. Aku memberitahunya agar melihat kekerapan kesakitannya itu dan mungkin sudah masa dia nak bersalin dan memberitahu jangan meneran kerana waktu itu dia di tempat kerja.

Malam tadi jam 10 malam aku sms suria lagi..."macamana su?ada kat mana?" tapi tiada balasan. Tetiba di kejutkan dengan sms dari birasku mengatakan "Salam bang,anak kami meninggal dalam kandungan jam 5 pagi tadi semasa Suria cuba melahirkan" Sedih kami bukan kepalang...benar-benar terkejut akan berita ini. Suami telefon mak di kampung rupanya mak ikut sekali meneman suria yang sebenarnya sakit nak melahirkan.

Ada cerita di sebalik rasa kesedihan ini, sebelum aku di sahkan hamil...aku da beri semua baju2 dina, stroller,walker,katil baby kepada Suria kerana menjangkakan aku akan hamil agak lewat memandangkan usaha kami masih belum berhasil.Jadi aku pinjamkan semuanya pada dia. Kira sistem ikut giliranla siapa yang mengandung dulu. Kebetulan masa mengandung Dina aku di sahkan akan mendapat anak lelaki jadi habis segala keperluan baby ku belikan tuk anak lelaki, tapi yalahkan kuasa ALLAH akhirnya aku lahirkan anak perempuan iaitu NUR DINA UMAIRAH. kebetulan juga Suria dijangka melahirkan anak lelaki.

Balik kampung akhir Mei lalu,aku tengok kandungan Suria memang besar. malah da ke bawah. ramai orang tua berkata "ko ni bersalin awal nie Suria,perut da ke bawah sangat dah nie".Ikutkan due dia akan bersalin 10 Julai nanti tapi aku memang kerap berkata yang dia akan bersalin awal.

Kami masih lagi menunggu cerita yang sebenar dari kampung. Aku harap Su benar-benar tabah. Suami berulang kali berkata 'Abang risaukan Suria,harap2 dia kuatla'. Dia memang tak sabar2 menanti kelahiran anaknya. Sering sangat sms aku bagitau nak tengok muka anak. ALLAH....

Yalah,bak kata orang da takda rezeki yang penting kita tahu anak itu nantila yang akan menolong ibu dan bapanya di akhirat kelak. Moga Suria dan Suami tabah menghadapi dugaan dari ALLAH ini.

Baru dapat berita dari suami suria, Doktor sendiri pun terkejut kenapa anak nya boleh meninggal dalam kandungan kata kamal ( suami Su nama kamal juga hehehehe ).Suria baru sahaja selamat melahirkan dan saat ini sedang di jahit. Kamal menangis menelefon suami ku, Suria apatah lagi. Harap mereka kuat!

3 comments:

rokiah said...

Salam erah,

Tumpang sedih membaca coretan erah.

Sesungguhnya tiap sesuatu di muka bumi ini semuanya adalah dibawah kekuasaan Allah swt. jua.

Sebagai hambanya, semoga Su bersabar dengan apa yang telah berlaku dan redha dengan ketentuannya.

Unknown said...

assalamualaikum k.erah
ni umi wafa laaa.
Pertama sekali takziah di atas berita yg menyedihkan ini...
Dan tahniah utk berita gembira.. penantian dina utk mendapat adik.
Jaga kandungan leklok, doa kami semoga semuanya sihat sejahtera dan selamat. Insyaallah...

Saliza said...

Salam erah,
ini kak za ummulamirul.Firstly takziah atas musibah yg. menimpa. Itulah ketentuan Allah pada hambanya. Ada pertemuan dan perpisahan. Semoga Allahyarhamah ditempatkan bersama roh org.yg.salleh.
Tahniah suami dah nak pergi. Kak za pergi on 1st august.InsyaAllah kita bertemu dan berukhwah di sana.

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...