halwa telinga

Wednesday, April 1, 2009

Sudah 16 tahun rupanya...

Salam...

Hari ini 1 April 2009, maka genaplah 16 tahun pemergian Arwah Abah tersayang RAMAN BIN ADIL. Tika orang sibuk mengenakan orang APRIL FOOL! Aku pula menerima hakikat akan sebuah kehilangan pada usia remaja semasa di tingkatan dua.huhuhuhu..

Begitu cepat rupanya masa berlalu sudah 16 tahun rupanya aku kehilangan kasih sayang seorang lelaki yang amat aku kasihi. Tiada tolok bandingan kasih sayang abah pada kami. Tiada siapa yang boleh memberi ganti. Sampai sudah bergelar isteri dan ibu ni pun kalau tetiba datang rasa kerinduan aku boleh menangis kerinduan pada Abah.

Tak mengapa semua ini ketentuan Ilahi, dari NYA kita datang kepada NYA kita kembali. Sesiapa jua akan menghadapi saat kehilangan orang yang tersayang cepat atau lambat sahaja seperti yang di tentukan NYA.

Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya dan di tempatkan di kalangan oarang yang beriman. Aminnn..

AL-FATIHAH

No comments:

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...