halwa telinga

Thursday, April 30, 2009

Kali Pertama...

Salam...

Alhamdulillah, Ahad lepas 26 April aku dan anak-anak menjejakkan kaki ke Madinah buat kali ke dua...Kali pertama pergi dengan famili zura sebab nak jumpa pak mentua nya tuk ikhtiarkan ubat Sawan tangis Thaqif..Alhamdulillah juga beransur ok nangisnya tu tapi kenala banyak bersabar. Kali pertama jejak Nabawi..mata ni memang bergenang. Tapi kali pertama pergi tak berpeluang untuk memasuki Raudhah. Amat bersyukur dapat juga menunaikan solat di Nabawi. Bak kata ibu angkat aku,Ibu Kiah "pernahkah terfikir akan berhijrah ke sini malah diberi peluang ke Madinah?"...emmm...

TQ pada Zura & Nizam serta Abah & Mak nye Nizam...

Satu keajaiban berlaku masa kali pertama ke Madinah, dalam bilik mak mentua Zura aku temui nenek usia 86tahun persis arwah mak wan. Saat nak balik aku tak tahu kenapa aku cium dan peluk dia.. Ya ALLAH bau dia sama dengan bau arwah mak wan..airmata aku bergenang..itulah eik sebab kerinduan ni tak dapat nak bendung mengingatkan mereka yang kita sayang yang telah pun pergi mengadap Ilahi.

Kali ke dua aku pergi bersama ngan Yann sekuarga...huhuhuhu..(Apa macam? mahu teman aku beli abaya lagi tak yann?huhuhuhu)Alhamdulillah masuk lagi Nabawi menunaikan solat di sana..malah kali ni kami bermalam di Madinah. Pukul 1 pagi aku ajak Yann masuk Nabawi tuk menunaikan solat-solat sunat. Syukur Alhamdulillah...

Alhamdulillah juga aku,dina dan Yann dapat memasuki Raudhah..setelah berhempas pulas di rempuh,terselit dek mereka yang berbadan besar. kesian dina kena himpit.huhuhuhu..saat pintu Raudhah di buka mereka berlari tanpa kira keselamatan diri.. yelah kan peluang ni terlalu berharga. Tak mengapa la kira bersyukur sangat kerana masih berpeluang lagi kembali ke Madinah jika di panjangkan usia dan rezeki di sini. Insya ALLAH.

Balik-balik Yanbu anak2 demam da....Thaqif pun so far so good TAPI kena banyak bersabar arrrr...huhuhuhu.

AlhamdulillaH...

1 comment:

Mohd Sabar & Rafieah said...

Assalamualaikum ...
Era kat dunia hanya dua tempat je yang Allah hijapkan antara alam ghaib dan alam nyata boleh bersatu yakni kita boleh bersentuhan iaitu di Masjidil Haram sana Masjidil Nabawi. Dan kalau ko ditakdirkan bertemu orang atau bertemu orang yang serupa dengan orang yang telah meninggal . Itu adalah seribu rahmat .... Allah Kareem ... Aku hari tu ada niat gak tapi Allah takdirkan jumpa dalam mimpi je. Tapi sudah cukup juga untuk mengubat rindu ...Alhamdulilah ... (-suaminya Peah-)

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...