halwa telinga

Monday, June 15, 2009

Demam, Madinah & Terima Kasih!

Salam..

Dah seminggu tak update blog...Alkisah..maka tersebutlah kisah..hehehe. Demam daaa anak beranak. Beria-ia plan nak ke rumah Yann sekali last minit cancel pasal Dina demam dan selsema. Mengenangkan Dina pernah demam + sawan maka aku batalkan niat ke rumah Yann ( Harum Cempaka ).Menjaga anak-anaklah aku hari itu disamping dak Thaqif mengalunkan zikir..huhuhuhu..Dah ok dak Dina nya dak Aqif pula nyangkit,alahai hero aku sukar nak bernafas dek kerana hingusnya itu. Maka demam itu terus pula menyerang hubby ku dengan aku-aku sekali. Hubby paling teruk sampai kena masuk air satu botol + 2 injection di Al Ansari Specialist.Sekarang ni semua masih dalam pantauan dan kenalah makan ubatlah jawabnya. Dak Aqif sudah pandai taknak makan ubat..dikemamnya bibirnya yang comel itu..huhuhuhu.(Nak baik tak Qif!)

Demam-demam pun plan yang di rancang kena juga pergi dan berdoa serta bertawakal lah kami. Kami ke Madinah lagi. Bermalam selama 2 malam di Madinah. Kata hubby ni plan sebulan sekali masuk dalam budget, keluar dari Yanbu..(huhuhu bila plak nak ke Mekah yanggg??)Kenalah terus aku berdoa agar aku dan anak-anak diberi peluang. Kat Madinah di sebabkan demam maka aku dan anak-anak terperap dalam bilik hotel memandang cuaca amatlah panas terik dan berdentum!Malam barulah kami dapat keluar itupun masih terasa bahangnya.



Seterusnya,nak ucapkan jutaan terima kasih pada dak Milah kerana tumpangkan barang-barang kiriman mama ku itu. Juga terima kasih carikan segala macam daun yang aku nak.huhuhuhu.

Antara barang kiriman Mak Ncik dan Bonda tuk Dina dan Aqif. Sebabkan Aqif sering mengalami kembung perut dan aku hanya bawa bekalan BARUT SI PEKAN hanya dua helai,maka mak ncik kirimkan lagi 5 helai..puaslah dak Aqif dapat pakai barut tu.

Dina pulak syok arr dapat buku-buku cerita dari Bonda. Puaslah jugak aku nak membacakannya (kata adik aku baca dengan gaya,mimik muka dan intonasi long!..hehehe. Sambil-sambil tu Dina makan kismis doa kiriman Mak Ncik.

Disebabkan dak Aqif sering gatal gusi maka aku pesan juga ke Jamilah bawa teething gel tuk dak Aqif ( sebelum nie terpaksa pinjam Wafa nye (UW),nanti Untie pulangkan yang baru ye Wafa)

Emm tulah dia daun-daun yang aku kirim ke Milah. Dapatlah aku gadankan dalam masakan tuk tempoh seminggu dua nie.

Jeng-jeng-jeng..tu dia masak asam pedas aku..fuhhh kata Hubby barula dapat rasa asam pedas melaka yang cukup bahannya...(Belacan+daun kesum+bunga kantan + bendi+serai+daun limau)..Dah pun licinnnnnn...huhuhuhu.TQ mama,adik dan Milah!

6 comments:

Mohd Sabar & Rafieah said...

bestnyaaa daun kesum n bunga kantannnn....

KAHERAH said...

huhuhuhu..mau tak tulah penyedap masakan...warghhhh indu mesia arr!!!

REENAZ said...

Erah,

Dak Dina kalau demam panas, cepat2 mandikan dia. Anak akak dulu pernah demam panas n admitted tp xler sampai kena sawan.Tp anak sedara akak pernah kena sawan n admitted gak. Kalau panas jer siap2 basahkan kepala pas tuh basahkan badan sekali. Kena selalu basahkan badan. Pas tuh bg ubat yg masuk kat punggung tuh. Ada bawak tak? Rasanyer kat pharmacy ada.

Dak Aqif lak kalau perut dia kembung, tiarapkan dia. Pas tuh tepuk2 belakang dia sampai dia kentut atau sendawa. Dulu anak akak yg n0.2 sll kena kembung.Tensionnn sgt masa tuh!Tp alhamdulillah...Pas mandi bg minyak panas yg khas utk baby. Insyallah...

REENAZ said...

Nak tambah lagi! Daun kunyit mmg takder jual. Tanam ler...Akak tanam dlm pasu. 4bulan dah dapat makan hasil! hehehehe...

Daun2 yg ada masuk dlm freezer. Beku takper, tahan lama n daun still hijau!

Unknown said...

tak pe guna laa dulu teething gel tuu.. tak kisah pun.
itu laa dah demam teruk tak nak bgth sepatah pun kat kite :) bkn nak jaga tepi kain org..hihihi at least bleh juga bagi ubat bullet utk dina utk msk ikut tuuuut... wafanyer stok byk lagi.. ingatkan demam biasa2 jer... terkejut juga abah wafa bgth a.kamal msk wad.. semoga semuanya skrg dah ok.

to kak ena: akak beli ke tanah tuu? kat mana yer?

KAHERAH said...

Kak ina..

emm Dina mmg takleh demam pasal last yr dia demam panas sampai kena sawan..fuhhh serik sgt2..tu yg sentiasa berjaga2 tu..

Dak Aqifla..mmg kena sendawa n kentutkan bg buang itew angin kalau tak alamat dia berzikir arrr..

kak,erah mmg tak bw segala mcm daun n benih kak..rugi plak rsnye.apa taknye En hubby kata TAK PERLU!huhuhuhu..last2 saya juga yg melopong nak msk..

UW..

akak ada bw ubt punggung tu..bukan taknak kabokan selagi leh handle kami cuba handle..taknak sshkan sesiapa..tp masih lg ingat dan terapkan bila berjauhan dr kuarga kawan2la yg kami perlukan,tempat luahan n berkongsi ssh dan senang...
abah dina mmg tak leh demam sekali demam mmg kena injet baik kat sini mahupun kat mesia..

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...