Salam..
Alhamdulillah, setelah hampir 3 bulan di bumi Yanbu ni,akhirnya dengan rasa penuh kesyukuran yang amat sangat kerana di beri juga peluang menunaikan ibadat ini.
Bila hubby kata jom ke Mekah! Wah! seronok ada berdebar-debar pun ada.
Bertolak jam 5petang 30JUN2009 then berhenti di Miqat Juhfah. Meneruskan perjalanan sambil mulut tak henti-henti mengalunkan Talbiah di sepanjang perjalanan. Hati juga turut terdetik tunggu aku Ya ALLAH aku akan sampai.
Sampai di Mekah Jam 11malam.Bila hubby tunjuk jek perkarangan Masjidil Haram aku dan hubby menangis kesyukuran..Tunggu aku..Tunggu aku Ya ALLAH..
Mengigil kaki ni bila jejak lantai Masjidil Haram dan bila terpandang sahaja akan KAABAH dengan takbir di mulut aku menangis tak tertahan. Nikmatnya Ya ALLAH.. Syukur KAU memberi aku peluang. Dina dan Thaqif juga turut seronok bila kami anak beranak berpegang tangan melakukan Tawaf. Dina turut mengalunkan zikir-zikir yang biasa dia dengar bila aku mendodoikan Thaqif. Masuk pusingan ke 4 Dina ajak aku "Ma jom berhenti kejap nak minum air"..kekekeke..kenalah Dina bersabar menunggu mama menghabiskan Tawaf.
Apa yang pasti kalau di tanya pada semua orang, rasa kenikmatan,kesyukuran dan ingin kembali lagi ke sini tetap ada. Tak dapat nak dilahirkan dengan kata-kata.
Doa buat semua sudah aku panjatkan. Moga ALLAH memperkenankan.
Dina join mama Saie'...Teruja betul Dina..tapi sekejap jek pastu Abah jaga anak-anak tersayang. Mama melakukan Saie dan Tawaf Wida' keseorangan. TQ Abah, bawa kami ke Mekah..
Selesai Umrah dan Subuh kami terus berangkat pulang.. Itu yang orang kampung selalu kata " Wah,seronoklah korang gie Mekah balik hari.."huhuhuhu
Dan sampai di rumah, Dina terus kata " Terima Kasih Mama,bawa Dina jumpa Tuhan ( ALLAH )..."
Alhamdulillah Ya ALLAH, Thaqif sudah pulih!Aku dan anak-anak akan kembali lagi jika diberi peluang lagi,dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia kami.. INSYA ALLAH
6 comments:
Alhamdulillah...
sampai juga akhirnya... kalau ada peluang.. bermalam la di sana... mesti rasa seronok bila dapat tunaikan solat 5 waktu dkt masjidilharam...
Insya ALLAH Dida..begitula harapan Erah..
salam,
Alhamdulilah...kerana berpeluang mengerjakan umrah...inilah dia nikmat yg sebenarnya...kepuasan yg x dapat dizahirkan dengan kata2...insyallah ada rezeki boleh pergi lagi...
Salam.
Syukur Alhamdulillah. Bergenang air mata ibu melihat gambar erah dengan anak-anak berlatarbelakangkan kaabah. Terpancar kebahagiaan erah sekeluarga. Thaqif pun dah besar dan dah o.k. nampaknya
Salam BU..
Alhamdulillah sampa juga ERag dan anak2 akhirnya..Ibu jadi menunaikan Umrah sepanjang ramadhan nanti?
Salam erah,
InsyaAllah jadi. Kalau ikut planning ibu bertolak 18 Ogos hingga
19 Ogos. Kalau ada rezeki dapatlah kita jumpa. Semoga Allah memperkenankan hajat ibu ni. Nanti kita keep in touch ye sebelum ibu bertolak
Post a Comment