halwa telinga

Friday, October 9, 2009

Macam-macam cerita



Salam,

kesibukan berhari raya dan pelbagai peristiwa membuatkan aku tak dan kata orang nak mengupdate blog aku nie daaa...

Apalah yang sibuk bebenau agaknye yek sampai naik bersawang ini blog..Emm..gini ceritanya...

Kehangatan Hari raya di cemari pula dengan ketidaksihatan anak-anak aku nie..awal raya demam,batuk dan sesema. Maka kenalah membuat pantauan terhadap anak-anak. Dan sekarang Alhamdulillah semuanya sudah pulih dan sihat seperti sediakala.

Emmm kemeriahan hari raya di Yanbu tetap juga terasa apabila ramai lah yang membuat umah terbuka..apa lagi makan free arr kan kan kan?Alhamdulillah syukur sangat yek..tahun depan buat lagi yek kawan-kawan.hehehe.Jangan fikir kat sini takde benda yang kami nak masak,macam-macam ramuan ada tau,bahan pun cukup arr malah leh alter2 lagi masakan tu..kikiki.

Syukur juga kami yakni aku dan jamilah berganding bahu membuat rumah terbuka pada warga Malaysian-Yanbu.pada 3 Oktober 2009 dari selepas Zuhur hingga ke Jam 11 malam.Alhamdulillah... Menu masakan kami ialah nasi beriani, Dalca, Daging Beriani, Bihun Sup, rendang ayam,nasi impit, sambal udang, keklapis dan pelbagai jenis kek yang dibuat sendiri oleh Jamilah...semua buat tau takde yang order...hehehe.Terima Kasihlah buat mereka-mereka yang hadir yang memeriahkan suasana walau dikejauhan kita semua nie.

Di samping itu oleh kerana masa tido aku dan anak-anak sudah terbalik maka di malam hari aktiviti aku dan anak-anak ialah keluar malam hari amik2 angin,dan melayan karenah anak-anak. Walau bagaimanapun bagi aku tido malam adalah lebih nikmatnya berbanding siang yang membuatkan kepala aku ni naik benggal...bila kah aku akan menikmati nikmatnya tido malam hari..hihihi.

Aqif pula da mula pantang lepas nak memapah dan berdiri lah pula..dah gian nak bertatih...Merangkak tak lepas dah nak bertatih Qif!Amatlah berhati-hati aku dan abahnye menjaga Aqif..kadang-kadang terlepas pandang jek dah terjelepuk jatuh. Maka dah mula lah benjol sana sini..Nama pun hero kelasakan nye amatlah ketara berbanding anak perempuan.

Itulah ceritanya...habessss...

4 comments:

MOMMY CGG said...

comelnye NAK2 Nie:)


LiKE MoTher liKe DAUgHtEr:)

LYNN said...

hee, tumpang lalu ler. Nak tido buleh tapi pacakkan mancis kat mate. Walaupun tido tapi mate buleh nengok. Ha..tunggu 2 tahun laa. tapi nih yg dah 6 tahun pun jatuh gak...

KAHERAH said...

Salam

Miez haNeM...tu arr kan tengok arr mama nye nieee..hehehe..TQ2 harap2 akan terus comelll...

Kak lynn,
kalau boleh ku pacakkan mata ni ngan mancis akan ku buat kak..kikiki..tapi tu arr kita nie dah jd ibu terlelap mcmana pun mmg tetap sedar mana anak kita g..kikiki..tdo2 ayam gitu..huhuhu

Jamilah said...
This comment has been removed by the author.

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...