halwa telinga

Friday, August 27, 2010

Seronok melihat amalan bersedekah di sini





Salam...

Menariknya Ramadhan di sini adalah kerana melihatnya Pak-pak arab kat sini dari pelbagai lapisan memberikan sedekah juadah berbuka puasa. Berlumba-lumba mereka menghulur kotak mahupun bungkusan walau hanya 2-3 butir kurma.

Pengalaman ini memang tak mungkin kami lupakan di sini. Kalau ke Mekah mahupun Madinah di highway-highway mereka sudah pun menunggu untuk menghulurkan juadah berbuka. Alhamdulillah...Dan satu pujian buat mereka walau dari sekecil-kecil hingga ke besar-besar pangkat mereka yang punya perusahaan besar atau kecil sedekah mereka itu tak perlu di canang di media-media mahupun kaca TV hehehehe...tak perlu juga menyebut nama polan bin polan telah meyemarakkan ramadhan dengan menghulurkan bantuan itu ini...hihihi..itulah kan lain tempat lain pula caranya hehehe..

Alhamdulillah moga nikmat ini akan berterusan buat kami..Apa saja yang ENGKAU tentukan buat kami YA ALLAH kami redha..

1 comment:

Mohd Sabar & Rafieah said...

memang seronok memberi kerana yang ada pada kita bukan semuanya utk kita...

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...