halwa telinga
Wednesday, August 11, 2010
Terawih Malam Pertama dan Ramadhan Hari Pertama
Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan
Salam
Hari ini merupakan hari pertama Ramadhan bagi umat Islam di Saudi. Dan Sahur pertama pagi tadi, tanpa suami yang bekerja shift malam. Alhamdulillah sahur pertama dan bekalan sahur suami hari pertama hanyalah ringkas iaitu Nasi Paprik dan sambal tempe. hehehe..sambal mesti ada! Orang melaka sambal tak boleh tinggal.
Dan Terawih Malam tadi kami anak-beranak mengerjakannya di Surau Zakiry,Radwa Yanbu Al-Sinayyah. Berkumandang jek azan Maghrib semalam satu perasaan halus dan sayu hadir dalam hati dan diri. Solat Maghrib penuh keinsafan dan kerinduan. Betapa jiwa aku ini terlalu halus dan mudah sangat tersentuh. Hanya ALLAH sahaja yang tahu..
Dan Hari ini Hari pertama berbuka dan aku masih lagi berkira-kira nak masak apa untuk berbuka dan bekalan En Somi untuk bersahur di tempat keje kelak.hehehe
Selamat Berpuasa semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment