halwa telinga

Wednesday, March 30, 2011

Usia ini melangkah lagi setahun


30 March 1979-2011

Assalamualaikum kalian...

Alhamdulillah harini aku melangkah lagi setahun usia ni menjadikan aku memiliki angka 32tahun...sudah tua..sekarang membayangkan saat-saat kematian, saat-saat bila kunjungan malaikat pencabut nyawa mendamping diri..Ya Allah..masih banyak yang belum aku lakukan. Masih terlalu kurang dalam amalan,masih banyak yang perlu aku bekalkan buat diri ini sebagai bekalan kelak.mampukah aku?sedangkan aku sendiri tidak tahu bila aku akan di jemput. Moga-moga Allah tetap memberikan aku peluang dan nikmat dalam pelbagai aspek di kehidupan aku di muka bumi ini. Semoga aku sentiasa tidak leka dan alpa dalam pengejaran kehidupan sebagai manusia...Terima kasih Ya ALLAH kerana memberikan aku lagi kenafasan tuk meneruskan kehidupan ini...

Buat mereka yang memberikan ucapan dan doa..aku ucapkan terima kasih yang tak terhingga..moga doa kalian buat diri aku ini sentiasa diterima Allah..

No comments:

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...