Assalamualaikum wbt semua,
Hilang Anak! Naik berderau darah saya dan suami bila Aqif lesap dari pandangan mata kami di Masjidil Haram,Makkah. Astagfirullah Alazhim. Kami ke Mekah menunaikan Umrah semalam. Usai solat zuhur, aku menyambung kembali saie yg hanya bebaki 1/2 lagi tuk sampai ke Marwah.Manakala suami menjaga anak-anak kerana telah sempurna umrahnya. Kami bergilir-gilir tawaf dan saie kerana cuaca da mula panas di arab ni.Tak pernah terfikir anak sendiri akan hilang selama ni dengar cerita anak orang yang hilang!
ALHAMDULILLAH,selesai saie saya berpatah kembali mencari suami dan anak-anak di bukit safa. tertembung yang bertanyakan mana Aqif? Saya hanya mampu beristighfar.Dalam hati masih tetap tenang. Suami meneruskan mencari di Marwah dan saya menuju ke Safa tuk mencari Dina yang suami arahkan menunggu di situ.
Terpandang akan Dina yang sudah menangis saya menyoal mana adik? sebab dina memang kami amanahkan utk menjaga Aqif jika kami bersolat di Haram. Bila Dina sebut tak tahu, barulah minda tersedar anak aku hilang. Darah berderau. Aqif memang aktif dan tak takut orang. Saya lantas panjatkan doa agar Allah menemukan kami dengan Aqif. Saya dan Dina kembali ke Bukit Marwah di samping itu hati terdetik teringat Siti Hajar yang meninggalkan Nabi Ibrahim utk mencari air. Allahuakbar!
Dari jauh saya nampak suami sedang memeluk dan mencium Aqif. Alhamdulillah. Abah lepaskan Aqif.Aqif lari sambil depangkan tangan nak menjerit mama, tatak! Aqif menangis! Saya tanya mana Aqif pergi sambil menangis. Saya pesan Aqif jangan buat lagi. Dia angguk dan memeluk saya erat. Bimbang kerana dia baru dua tahun dan bertutur pun guna bahasa yang dia saja faham.
Kata suami,dia ingin patah kembali ke Safa,dan meneruskan doa agar ketemu Aqif. Lantas terpandang Aqif yang juga berpatah tuk kembali ke Safa. Jemaah Umrah yang pelbagai bangsa menegur Aqif. Wheres ur babah? mereka tanya. Suami memberi isyarat tangan kepada mereka.
Aqif terus lagi jalan dan sampai satu saat Aqif mula panggil babah! Mama! dan menoleh ke belakang lalu ternampak babah. Apalagi menjeritlah member.
memang satu pengalaman bila pertama kali hilang anak di Haram yang da macam rumah kami. setiap kali ke mekah kami akan memilih saie dia tingkat atas kerana jemaah yg kurang dan anak-anak boleh lepas bebas di situ.tetapi oleh kerana saat Aqif hilang itu waktu puncak yakni jemaah baru usai solat Dzuhur maka ada ramai sikit tuk mencari.Aqif sedang membesar dengan aktif jadi mmg perlu pemerhatian. kalau di Mesia bagaimanakah kalau anak hilang. Nauzubillah. jauh dari musibah dan perkara buruk itu. Mudahan ini pengajaran buat kami.Ujian kecil ini hanya peringatan dari Allah buat kami agar tidak leka akan hal anak-anak yang DIA amanahkan pada kami.
No comments:
Post a Comment