halwa telinga

Tuesday, January 17, 2012

Setelah Timbang Tara...Kami memilih semi-D

Assalammualaikum semua...


Hanya 6 hari masa yang kami ambil untuk persetujuan dan pembelian rumah ni sebelum berangkat balik ke Yanbu,Saudi 11/1/12. Kami menimbang tara antara tanah dan rumah. 3-4 lot tanah sudah kami terjah di Melaka tu...Macam kita ketahui harga tanah lot..harga rumah siap memang sedang melambung naik sekarang ni. Menimbang tara juga dengan simpanan yang kami kumpul selama 3 tahun ni..suami berkata kalau kita beli tanah yang harga kat Melaka tu jejak 80-135k,pastu nak plan buat rumah pula..gedebak gedebuk sama jek jejak 200-250k. Jadi kami sepakat memilih kediaman semi D ni yang hanya tinggal 4 buah sahaja lagi. Alhamdulillah rezeki kami.. Cukup buat kami kediaman 4 bilik tidur,2 bilik air,1 ruang tamu, satu ruang makan dan ruang dapur. Menilai dari segi usaha dan pengorbanan suami yang bekerja dan kami yang tinggalkan keluarga di kampung akhirnya inilah hasil yang kami sedia mampu. Nampaknya lepas ni kami kena mengumpul duit kembali. Moga-moga suami saya diberikan kekuatan dari segi kesihatan..dipelihara keselamatan dia di tempat kerja dalam mencari rezeki kelak. Juga paling diharapkan agar kontrak kerja di sini bersambung lagi..Mudah-mudahan dengan izin ALLAH.


Kenapa memilih rumah ni? hehehe gara-gara saya yang terpikat melihat foto ni dari FB sahabat. Persekitaran yg dekat dengan sekolah, balai polis dan klinik kesihatan jadi kami pilih yang ini. Bersyukur sangat-sangat inilah penganti rumah di Paka,Terengganu. Alhamdulillah..lepas ni balik Malaysia leh terus landing rumah sendiri...Rumahku Syurgaku.


Encik Suami dah mula membelek-belek segala pilihan dekorasi dalaman. Kalini saya serahkan sepenuhnya kepada suami untuk menguruskannya..Boleh Yang??


Terima Kasih Yang...Moga rezeki kita sekeluarga akan di murahkan. Tak sia-sia kita budget segala bagai huhuhu...(Tak leh g bercuti ober the sea la eik??huahuahua)


Taraaaaa....kami persembahkan teratak baru kami..Alhamdulillah


Dalam pertimbangan...di sini kelak mahu di jadikan parking kereta...emmm


Pandangan sisi rumah kami...Jika ada rezeki lebih perlukan ubahsuai kelak.


Tanah belakang memang luas..Alhamdulillah... Tuan tanah sebelah tu lagi luas tanah tepinya setanding harga dia 300k huahuahua ( laki den mesti cakap bersyukurlah dari kita berhutang!..ini pun da mahal!!hehehehe)


Kami akan menetap di sini nanti. Taman Seri Rambai 1, Bukit Rambai Melaka. Moga kejiranan yang baru nanti akan terpelihara sesama kami menambahkan ukhwah antara kami.

6 comments:

LYNN said...

nak jadi jiran bole?

KAHERAH said...

Kak lynn...ada kosong lagi kak..lot tepi tanah luas, 300-350k...meh berjiran meh...

Ejalz said...

Seronoknya.... Lepas ni nak jalan2 melaka leh la gi melepak umah erah yee... Hehe....

KAHERAH said...

Ejalz...tentu saja boleh..meh dtg melaka meh..segalanya ada di Melaka..huhuhu(psst tapi org melaka jati pun tak abes lg jejak2 sejarah kat melaka tu hehehe)

zarepan said...

nak beli kat sini. ada satu lg semi d. ok tak umah ni

Unknown said...

Dulu beli bape yek rumah ni..

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...