Assalammualaikum semua...
Apa khabar pada sahabat-sahabat saya..Harapnya semua sihat sahaja. Berada dalam Lindungan Rahmat dan Hidayah Ilahi. Dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan tubuh badan yang baik dalam menjalani kehidupan dan ibadah.
Hari ini anak saya Dina belajar erti sahabat dan menghargai sahabat.
Mia anak jiran kami tetiba datang ketuk pintu..."Kakak Dina ini untuk kakak Dina"..apalah yang diberi oleh dak Mia agaknye..hehehe
Wah...Mia buat kad untuk kakak Dina..Teruja kakak Dina menerimanya..Dan segera pula kakak Dina ingin membalasnya. Penuh teruja kakak Dina nak buat kad juga...Kakak Dina amat menghargainya Mia..hehehe..
So inilah hasilnya...
Mudah-mudahan Ukhwah berpanjangan sesama mereka. Menilai erti persahabatan untuk sama-sama mengejar pahala.
Seorang Ulama berkata kawan itu terbahagi tiga iaitu teman seperti udara, teman seperti ubat dan teman seperti penyakit.
Teman seperti udara adalah teman yang selalu engkau perlukan setiap saat seperti udara. Apabila dia terputus darimu maka engkau akan mati.
Dia adalah teman yang mendekatkanmu kepada ALLAH,menunjukkan kepada ALLAH, dan selalu memotivasikan dirimu untuk selalu mengingati ALLAH.
Oleh itu janganlah engkau memutuskannya untuk selamanya. Kunjungilah dia, duduklah bersamanya, cintailah dan undanglah dia selalu ke tempatmu.
Kedua adalah sahabat yang seperti ubat. Mereka adalah orang-orang yang dapat memberikan manfaat kepadamu. Maka, janganlah kamu memerlukannya kecuali pada waktu yang diperlukan. Contohnya adalah pembuat roti yang apabila engkau menginginkannya,iaitu ketika engkau ingin makan roti pada pagi hari, maka engkau memanggilnya.
Apabila engkau duduk bersamanya terus menerus, kemudian engkau berkata kepadanya : "Saya mencintaimu kerana ALLAH! Dan saya selalu memerluknmu! Dari pagi hingga ke petang hari" maka ini adalah tidak benar.
Sahabat seperti ini diperlukan ketika memang memerlukannya tanpa harus berlama-lama dengannya.
Ketiga adalah teman seperti penyakit yang akan menyakitimu. Dia adalah kematian yang harus di singkirkan, sebab dialah yang mendekatkanmu ke neraka dan mengarahkanmu kepada berhala di dunia dan akhirat. Berlindunglah kepada ALLAH dari teman seperti ini.
Teman seperti ini harus dijauhi dan ditinggalkan.Engkau harus lari darinya seperti lari daripada singa.
Berkata pula para ahli ilmu bahawa teman adalah awan yang akan selalu menaungimu.
Manakala Abdullah Ibn Mubarak berkata :
Apabila engkau berteman,maka bertemanlah dengan orang yang agung,yang memiliki kehormatan, rasa malu dan kemuliaan. Dia akan berkata tidak terhadap sesuatu tidak jika engkau berkata tidak dan apabila engkau berkata ya ,maka dia pun berkata ya.
Dia berkata lagi " Apabila engkau berteman dengan sekolompok kaum yang memiliki kasih sayang,maka jadikanlah mereka seperti saudara kandung yang saling mengasihi. Janganlah engkau ambil semua kesalahan suatu suatu kaum maka engkau akan hidup sepanjang zaman tanpa teman.
Mereka menjawab " Janganlah bertanya siapa dia, tapi tanyalah siapa temannya. Setiap teman pasti mengikut tingkah laku temannya.
Balasan bersahabat dengan orang -orang yang soleh itu ada tiga :
1. Allah akan menambahkan ilmu, pemahaman dan pertolongan kepadanya.
2. Menambahkan pengetahuan dan akan mengetahui bagaimana cara mereka berdakwah di dunia.
3. Akan mendapatkan syafaat mereka di akhirat "
"teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa" (Az - Zuhruf : 67)
(Kesimpulan ilmu yang saya dapat dari pembacaan buku karangan Dr.Aidh Abdullah Al - Qarni, antara pengarang buku yang paling saya gemari)
3 comments:
touching!
cantik kad kedua2nya..
ckp ngan kakak, nnt buat kad untuk bonda pulakkk..
Alhamdulillah.. perkongsian ilmu yang baik.. sikap mahmudah mmg sedikit dikalangan sahabat2 kita. Ramai yg memilih dgn bersikap mazmummah. Sedangkan Mahmudah itu tidaklah susah. Tapi yang mudah itulah selalu dijadikan sesuatu yang terlalu sukar utk diikuti. Astarghfirullahal'azim. Semoga kita semua tergolong dalam golongan sahabat2 yang mempunyai sifat2 mahmudah. Semoga Allah sentiasa pelihara diri kita,anak2,suami,kaum keluarga serta sahabat2 kita dari melakukan perkara2,amal perbuatan dan hawa nafsu yang mungkar. Aamiin.
Tahniah buat Dina.. cantik hasil seni nya.. imiginasi kanak2 wlu tak sesempurna org dewasa, tapi hanya mereka saja yang tahu betapa beharganya nilai persahabatan itu dari kad tersebut. Wallahua'lam.
Kak Rs Sariena...Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian ilmu juga..
bakat anak2 ini berbeza..kadang tak boleh berharap ke arah akademik semata tetapi pandang pada bakatnya apa yang dia suka lakukan...
Post a Comment