Soalan: Saya tahu bahawa
Tabarruj adalah cara berpakaian atau perbuatan berhias secara berlebih-lebihan
yang boleh menarik perhatian. Jadi, jika Khimar (tudung) seseorang wanita itu
kecil, maka kelihatan leher atau rambut wanita tersebut, maka, adakah ia
dianggap Tabarruj? Walhal, rambut dan leher yang kelihatan hanya sedikit
dan tidak menarik perhatian dimana kebanyakan wanita yang tidak berjilbab
biasanya berjalan dijalan-jalan dan mereka tidak menarik perhatian?
Jawapan:
Tabarruj adalah
perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita
sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat). Ini dibatasi dengan tanpa membuka
bahagian-bahagian sulit (aurat) kerana Tabarruj dengan memperlihatkan aurat
adalah dilarang tanpa mengambil kira samada seseorang wanita itu menarik
perhatian ataupun tidak.
Isunya bukanlah kerana tidak menutupi aurat,
contohnya perbuatan seperti memakai make-up dimuka, dijari, ditudung atau baju
atau menghiasi kaki seperti memakai gelang kaki. Kesemua perbuatan
berhias ini, jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan dimana seseorang wanita
itu tinggal, dan perhiasan ini menarik perhatian, maka ini dipanggil Tabarruj
dan ini adalah dilarang.
Jadi, contohnya, jika seseorang wanita itu
mewarnai kukunya didalam sebuah kampung yang kebiasaan wanita-wanitanya tidak
mewarnai kuku mereka, maka perbuatan berhias ini akan menarik perhatian, dan
ini adalah dilarang, walaupun tapak tangan bukanlah aurat.
Dan jika dia berjalan, kedengaran bunyi gelang
kakinya dan menarik perhatian kepada perhiasan dikakinya, walaupun kakinya
tertutup, ini juga dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang.
Jika seseorang wanita itu memakai sehelai tudung
broked yang bukan kebiasaannya, dan ini menarik perhatian, maka ini
dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun rambutnya terlindung.
Jika seseorang wanita itu memakai Jilbab (jubah) yang mempunyai motif dibahagian dada yang boleh
menarik perhatian, maka ini adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun
Jilbab adalah pakaian yang Shar’ei.
Oleh yang demikian, berpakaian menutupi aurat,
tetapi menarik perhatian adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Manakala
berpakaian dengan membuka aurat adalah sama sekali dilarang samada ia
menarik perhatian ataupun tidak.
Dalil tentang perkara ini adalah;
زينتهن من يخفين ام ليُعْلَم بأرجلهن يضربن
ولا
“Dan
janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka
sembunyikan” [TMQ An-Nur (24):31].
Seseorang wanita itu dilarang untuk berjalan
dengan cara yang boleh menarik perhatian kearah gelang kakinya walaupun kakinya
tertutup. Oleh itu, berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa
membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang.
Kesimpulan: Berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun
tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang. Berpakaian dengan
cara yang membuka aurat adalah sama sekali dilarang, tidak kira samada ia
menarik perhatian ataupun tidak. Sudah semestinya membuka aurat adalah sesuatu
yang dilarang.
Oleh itu, berpakaian walaupun dengan cara yang
dibenarkan tetapi menarik perhatian seperti yang diterangkan diatas, adalah
Tabarruj dan dilarang. Ini hanya boleh diketahui dari keadaan dan realiti
persekitaran dimana wanita tersebut tinggal dan untuk mengetahui kebiasaan
disana tidak sukar kerana komuniti – lelaki dan wanita boleh menilai dan
mengetahuinya.
Menarik perhatian adalah penentu samada berpakaian
itu adalah Tabarruj atau pun tidak. Manakala berpakaian yang tidak
menutup aurat pula bukan terletak pada hukum Tabarruj, tetapi pada hukum aurat
dan dalil-dalilnya adalah jelas, dimana seseorang wanita itu dilarang untuk
membuka auratnya ,walaupun tidak menarik perhatian. Allah Subhanahu wa Taala berfirman :
الآية… لِبُعُولَتِهِنَّ إِلاَّ زِينَتَهُنَّ يُبْدِينَ وَلاَ جُيُوبِهِنَّ
عَلَى بِخُمُرِهِنَّ وَلْيَضْرِبْنَ مِنْهَا ظَهَرَ مَا إِلاَّ زِينَتَهُنَّ يُبْدِينَ
وَلاَ
“Dan
janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak
daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya dan
janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka …..” [TMQ An-Nur (24) : 31]
مِنْهَا ظَهَرَ مَا إِلاَّ
“kecuali
yang (biasa) nampak daripadanya”
bererti muka dan dua tapak tangan seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas
(semoga Allah merahmatinya), Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam, pernah bersabda,
إالمفصل لى ويداها وجهها لاإ منها يرى أن يصلح لم حاضت إذا الجارية
إن
“Jika seorang anak perempuan itu telah baligh, hanya muka
dan kedua tapak tangannya yang boleh kelihatan”
[Riwayat Abu Dawud]
Oleh yang demikian, menurut dalil-dalil yang
diberi, seseorang wanita itu tidak boleh memperlihatkan selain dari muka dan
dua tapak tangannya kecuali kepada suami dan mahramnya. Inilah
kewajipan untuk memakai Khimar yang sesuai untuk menutupi rambut dan
leher dan melabuhkannya kedada, supaya tiada yang kelihatan kecuali muka dan
kedua tapak tangan. Allah Subhanahu
wa Taala berfirman;
جُيُوبِهِنَّ عَلَى بِخُمُرِهِنَّ وَلْيَضْرِبْنَ
“Dan
hendaklah mereka menutup kain tudung kedadanya…” [TMQ Al-Nur (24) : 31]
yang bermaksud melilit tudung kebahagian pembukaan
baju supaya leher tidak kelihatan dan tudung akan menutupi bahagian
kepala, telinga dan leher, hanya kelihatan muka dan tapak tangan sahaja.
Oleh: Sheikh Ata ibn
Khaleel Abu al-Rashta
Sumber: Islamic revival
No comments:
Post a Comment