halwa telinga

Saturday, October 4, 2008

Aktiviti Raya!

Raya pertama tahun nie, menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Tanjung Keling, Melaka. Alhamdulillah merasa gak nikmatnya bersolat beramai-ramai di samping syahdu mendengar khutbah raya. Menitik air mata harap tahun depan berkesempatan dan di panjangkan usia menyambut Ramadhan dan Syawal lagi!.Lepas solat beramai-ramai ke Tanah Perkuburan menziarahi pusara Mak Wan dan arwah abahku. Aktiviti hari itu biasa sahaja.

Raya kedua aku dah tak leh bergerak. Kaki ni sakit bermula dari tulang pinggul dan otot pinggul rasa tegang. Aduhhh sukar tul aku nak bergerak. Jadi raya ke dua hanya berehat dan menerima kunjungan tetamu.

Semalam raya ke 3..sakit makin teruk aku terpaksa memegang dinding atau apa sahaja yang boleh kucapai untuk berjalan. Sakitnya Tuhan sahaja yang tahu. Tak kemana-mana juga. Berehat.

Hari ni aku fikir dah okla sakitnya aku gagahkan juga drive ke kenduri kawin rumah kawan. Tapi dah tak boleh tahan terus ke Kinik sakit puan yang memang every month aku pergi. Salah urat katanya. Kena banyak berehat dan diberi ubat tahan sakit dan kalsium. Takda cara lain selain berbaring atas katil dan berehat dan sekiranya tak baik juga dalam 2 hari ni dia suh aku p spital masuk wad berehat dan ujung kaki ku ini akan di letakkan pemberat untuk meregangkan kembali urat-urat tersebut. Alahaiii...Tapi mak dan mentua suh aku g berurut dulu tang pinggul jek. Aku jadi konpius mana nak ku buat dulu. Risau memangla risau. mengandung kali ni banyak tul dugaan hehehhee. Tak mengapala..bersusah-susah dahulu kedian akan dipermudahkan. Insya ALLAH. Nampaknya da makan ubat pun masih tak jalan,maka suami mencadangkan aku cuba p berurut dahulu. Maka sok nak kenala g berurut.

Doakanlah aku sentiasa sihat tuk melahirkan baby ni. dahla plak tu dah dua hari aku terpaksa jalan memegang dinding atau apa sahaja yang bleh aku jdkan sandaran tuk bergerak..Payahnyeee...Tak mengapalah selagi aku kuat,aku berdoa aku akan terus kuat dan berusaha demi untuk diri dan baby. Bukan apa baby niela hadiah aku buat suami kelak. takde apa nak aku beri cuma baby ni buat suami yang banyak berkorban dan berkongsi hidup dengan aku.

5 comments:

cik aa said...

Sabo ye Erah,moga2 nanti senang bersalin..

REENAZ said...

Akak pernah kena masa pregnant no.4 dulu. Yg sbnrnyer, Erah kurang kalsium & terlalu penat sbb tu ler sakit kat pinggul.Try amek kalsium amway punya. Bagus tau! Chewah mcm promote le plak. Tp mmg bagus suppliment amway ni...

Nak jalan pun susah kan? kena paut kat mana2 jer. Urut kat pinggul tak jadi apa2 tp jgn kat perut. Sbb pernah buat.Bnyk kan amek kalsium & minum susu, bnyk berehat...Take care!

KAHERAH said...

Salam Cik aa..TQ harap mudahla bersalin kan. Erah harap sgt mudah jek kali nie bersalin sebab masa Dina kena ceaser.

Kak ina, alamak kak betul la doktor ada bagi kalsium dan nampaknya dua kali makan ubat tu beransur ok sikitla pinggul nie. Masalah utama Erah ialah Erah memang tak minum susu huhuhuhu..tentang penat tu ye jugak kak..kekeke al maklum sebelum nie harapakan hubby la nie kita la yg buat sendiri.terkejar-kejar.Anyway TQ kak. Macam nak cuba jek amway..tapi di mana yek stokis amway kat melaka nie. nanti Erah riki2.

REENAZ said...

Kalau nak amek product amway kena cari dia punyer distributor. Akak dulu kwn office. Nak redah kat sana nti dorg x layan.

Masdihana Hamzah said...

sabo je erah... ubat yg diberi doktor tu jgn lupa makan . cewah..nasihat kan orang lak... kekadang akak ni pun lupa makan ubat gak.

alhamdulillah skg ni lps akak minum anmum ngan makan spirulina, dah kurang dah muntah2 ngan pening.

sama-sama le kita doa, semoga semuanyer selamat.. amin

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...