halwa telinga

Tuesday, September 8, 2009

Ibu Rokiah & Umrah Ramadhan

Salam...

Emm lama gak takde cerita kat blog nie..apa taknya Internet kat Yanbu ni buat hal..dengan skype dan YM takleh buka, laman web plak mak aiii lembab sungguh menunggu. Alhamdulillah harini baru ok.

Jadi kisah kali ni ialah ke Mekah pada 4 September-5 September 2009.Alhamdulillah dapat menunaikan Umrah ramadhan dengan nikmah dan penuh hikmahnya. Di samping tu,tujuan asal adalah ingin bertemu dengan ibu angkat yang mengerjakan Umrah sepanjang ramadhan di sini. Perkenalan yang berlanjutan dari tahun 2007 di salah sebuah ruangan forum membuahkan hubungan anak dan ibu. Ini bukanlah pertemuan pertama kami kerana sebelum ni kami sudah pernah ketemu. Cuma sejak ke Yanbu nilah kali pertama kami bersua setelah berbulan berpisah. Buat Kak Zie, El, Mimi, Ayahjoe dan Sain inilah kenangan kami...hehehehe.




Bertemu ibu di Saudi Pos. Janji nak jumpa di Haram subuh hari tapi telah keletihan kerana mengerjakan Umrah.



Anak-anak tersayang setia menanti ma tiap kali menunaikan Umrah. Merah padam muka mama,baru pas selesai Umrah. Keadaan yang padat dan bahang..tapi Alhamdulillah puas dengan nikmat dan hikmah yang ALLAH berikan.

5 comments:

Mohd Sabar & Rafieah said...

eh lapangnya dalam masjid karpet merah tu ra? bestnyer dapat buat umrah di bulan yg mulia niiii

rokiah said...

Salam Aidilfitri Erah,

Rindunya tengok Thaqif dan Dina dalam gambar tu... tak puas jumpa hari tu... Kalau panjang umur dan ada rezeki kita akan jumpa lagi.

Seronok dan bahagianya rasa kalau ibu ada bersama erah semasa di dalam masjid tu.Damainya jiwa.

Itulah hakikat sebenarnya erah, tidak semestinya apa yang kita rancang kita akan perolehinya. Sebenarnya selepas subuh lagi hari tu ibu dan uncle telah menunggu erah ditempat yang dijanjikan. Apapun syukur ke hadrat Ilahi kerana kita dapat juga bertemu di bumi bakarah itu.

Peluk cium untuk Dina dan Thaqif dan semoga kehidupan erah sekeluarga akan bertambah bahagia di hari-hari mendatang.

KAHERAH said...

Salam,

To Peah,

emmm masa tu belum subuh lg so kat tingkat atas mmg kosong hanya ada segelintir jek yg berikhtikaf dalam Haram.

To Ibu Kiah,

Emm mmg tak puas berjumpa Bu,harap kembali bercuti ke Mesia nanti ada peluanglah kita berjumpa dan nak order rempah mee bandung tu lagi ngan ibu..hehehe

rokiah said...

Salam erah,

Nanti bila dah balik malaysia nak datang beritau tau...ibu buat mee bandung original punya. Yang hari tu tak berapa sedap, ada lagi yang lebih sedapppp...

KAHERAH said...

To Ibu..

ok nanti nak datang Erah call dulu dan nak juga minta tolong belikan perencah tu lagi atau ada perencah lain yang lebih sedap..hehhehe nak bawa balik yanbu bu...

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...