halwa telinga

Friday, August 28, 2009

Heboh sekampung..huhuhu



GAMBAR YANG KAMI HANTAR UNTUK RUANGAN SALAM PERANTAU DI BERITA HARIAN DAN JUGA METRO

Salam..

Sedang duduk jam 1.30 tghari tadi,mama aku call.."Salam Long..(excited tul mama aku ni,nape eik?) Gambo along da kuar harini kat paper Berita Harian ruangan salam perantau.."huhuhu..itu kisahnya..tak sangka lak cepat kuarnya. Aku pun jawab, "ada lagi satu ma gambar kat paper Metro lak.."hihihi..tapi tak tahu bila keluarnya..

Kesian betapa teruja nya mama aku melihat gambar cucu-cucunya siap nak simpan dan gunting..Sedih pula aku sampai bergenang airmata bercakap dengan dia..apa-apa pun itu sahaja yang mampu kami usahakan buat mereka untuk ingatan,yang penting mereka turut gembira dalam sendu kerinduan.

Terima kasih buat teman kami yang bekerja di bahagian penerbitan dan jurugambar akhbar kerana merekalah yang memberi kami peluang,kalau tak tahulah mungkin tahun depan baru dapat masuk gambo tu..hehehhe..TQVM lynn dan Khai(nama pendek jek nanti kena serbu..huhuhu).

Ucapan pendek dari kami adalah amat bermakna buat mereka di kampung..Kami sayang semua!!!

H1N1

AMARAN PAKAR: Jangan bawa kanak-kanak ke hospital

KUALA LUMPUR: Agensi Berita Nasional (BERNAMA) hari ini melaporkan bahawa hospital-hospital awam kini telah mula mengedarkan risalah dan notis yang mengingatkan orang-ramai dan juga pelawat agar tidak membawa kanak-kanak atau bayi ke premis hospital ketika mereka menziarahi sanak saudara ataupun kenalan.
Kempen terbaru ini adalah sebahagian daripada langkah berjaga-jaga yang telah diambil oleh pihak hospital untuk mengelak penyebaran wabak Influenza A H1N1.
Malah lapor BERNAMA, jika tidak kerana H1N1 pun, adalah menjadi peraturan umum hospital yang melarang pelawat daripada membawa kanak-kanak di bawah umur 12 tahun ke premis hospital untuk tujuan lawatan.
Malangnya, ramai ibu-bapa tidak memandang serius akan peraturan ini dan sekiranya mereka diberi ingatan, sebahagian besarnya tidak mengambil peduli akan nasihat yang diberikan oleh pihak hospital.
Sementara itu, Pakar Respiratori Dr K. Regesh ketika ditemui BERNAMA berkata, apabila pihak hospital melabelkan sesuatu penyakit itu sebagai kronik ia bermaksud pesakit yang mempunyai masalah diabetik, kegagalan renal, asma dan lain-lain masalah respiratori.
Katanya, kepada semua pesakit ini dan juga kanak-kanak, sistem kekebalan badan mereka adalah tersangat rendah jika dibandingkan dengan seorang yang sihat. Oleh yang demikian mereka sangat terdedah kepada bahaya dijangkiti tidak kira apa jua wabak dan bukan semata-mata AH1N1.
"Di hospital, pelbagai jenis penyakit boleh berjangkit dengan mudah dan seboleh-bolehnya janganlah membawa kanak-kanak berjumpa pesakit walaupun untuk berkata ‘helo’,” katanya.
Dalam perkataan yang lain kata Dr Regesh, jika tidak dapat meninggalkan anak-anak dalam jagaan sesiapa, maka jangan datang melawat pesakit di hospital.
Dan kepada mereka yang baru pulang dari menziarahi orang sakit di hospital, ini ada pesanan yang ingin dikatakan oleh Dr Regesh;
"Bila sampai rumah, terus mandi, tukar baju baru sebelum mendakap anak kecil anda. Begitu juga bila anda balik dari kerja pergi mandi dan salin baju terlebih dahulu sebelum dakap anak anda.”

Monday, August 24, 2009

Pikat suami melalui perutnya,hehehe. Menu ke 2 Ramadhan

Salam

Alhamdulillah hari ke 2 ramadhan sudah di tempuh. Harini menunya adalah nasi minyak, kari ayam special dan jelatah timun nenas. Kuehnya plak kek coklat yang aku kukus.hehehe. Orang kata pikat suami melalui perutnya jadi famili kat kampung jangan lah risau akan sambutan ramadhan kami tahun nie. Pada mak mentua, anak mak akan Nor jaga ye mak,walau anak mak tetap tak naik-naik badannye cuma tang perut jek da mula buncit..opppssss..hehehehe.Sorry bang..( Sapa kata Nor tak pandai masak,cuma menantu mak ni jek malas nak tunjuk skill..kuang kuang kuang,cuma tang kueh mueh jek la mak mentua kena dok ajar..ye dok???)yelah dulu bila balik bercuti ke Melaka dari Terengganu, balik sebab nak makan masakan mama aku dan mentua la kan..jadi skill tak pernah nak tunjuk..kukukuku. Apa-apa pun menu nie bukanlah nak menunjuk tapi nak orang kampung tahu dan jangan risau akan kami di rantauan ok. Juadah apa pula esok ye??Akan ku fikirkan. berapa lah sangat bila makan berdua.Kalau ramai-ramai barulah best ye tak??

Sunday, August 23, 2009

Hari Pertama Ramadhan...

Salam..

Takdela cerita menarik pun, cuma hari pertama pose kenala berbuka sorang-sorang. Hubby keje petang minggu nie.Jamilah dan keluarga pula bercuti selama 5 hari di Mekah untuk menyambut Ramadhan di sana. Maka jam 1ptg da siap memasak untuk hubby bawa bekal berbuka di tempat keje. Emm masak apa ye??heheheh.Mama masak nasi jagung, rendang daging dan juga kerabu epal hijau. Nasib baik ada bunga kantan dan juga daun kunyit pemberian seorang teman yang baru pulang bercuti dari Mesia. Di samping tu mama buatlah kueh abok-abok. Takda daun pisang gunalah loyang jekkk..huahuhahuahua.Kata hubby " Aqif..abah harap sampai Ramadhan abesla ye mama masak sedap-sedap macam nie..."huhuhu kena perli daaaa...hehehe



Friday, August 21, 2009

Buat mereka yang mengingati kami, SALAM RAMADHAN!




Salam..

Alhamdulillah bakal bertemu lagi tahun ini Ramadhan Al-Mubarak. Kalau tahun dulu aku ngan Dina menyambut di Malaysia kali kami menemani Abah pula di Saudi bersama-sama dengan Aqif.

Ucapan Salam Ramadhan khas buat :

1) Suami Kesayanganku laaaa KAMARUZZAMAN BIN ABDULLAH dan anak-anak
2) Mak Ncik ( Mamaku ) AZIZAH BT JAFAR
3) Atuk ( Pak Mertua daaa ) ABDULLAH BIN MOBIL
4) Nenek ( Mak Mertua ) HASNAH BT CHE MAT
5) Moyang dina & Aqif ( Tok Ayah aku ) JAFAR BIN AMAT
6) Adik-adik dan ipar duai ku
7) Mak sedara & Pak sedara dimana jua mereka berada.
8) Sahabat-sahabat baikku yang tersayang yang berkongsi susah dan senang, suka dan duka iaitu WAHIDAH YAKOB serta suami dan anak-anak tersayang juga ZARINA BUJAL,suami dan anak-anak.Aku sayang korang dan persahabatan kita ni! (Aku tahu korang baca blog aku, huahuahuahu)
9) Sahabat-sahabat di Yanbu ni yang banyak aku belum jumpa dan kenal cuma dalam blog jek..kekkeke
10) Jiran tetangga ku kat sebelah & atas tu sapa lg kalau bukan Jamilah, Zikhan & Awang Ali
11) Buat sahabat lama masa di Universiti dulu Sharin Shaari serta isteri dan anak Saffiyah Irdina ( Dina!)hehehehe
12) Sahabat-sahabat yang mengenaliku masa sekolah, Universiti dan rakan maya.
13) Jiran-jiran lama masa kat Paka dulu tu..Jiran sebelah kiri Na dan Dean, Jiran sebelah kanan Kak nah dan Khairil, jiran belakang umah Ana dan Zunar serta Elly dan Usop.
14) Sahabat-sahabat suami kat Optimal dulu...
15) dan pada mereka yang tak aku sebutkan janganla mareeee arrrr..nak pose nie kena kawal marah!hehehe

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA MOGA RAMADHAN KALI INI MEMBERIKAN KERAHMATAN DAN KEBERKATAN DARI ILAHI. MOGA MENJADI RAMADHAN TERBAIK BUAT SEMUA TAHUN INI.

MAAF ZAHIR DAN BATIN, SEGALA SALAH DAN SILAP KAMI YE..
(kalau dulu aku bekerja di kantor tour and all our guest are from karyawan-karyawan from CALTEX & INDONESIA mereka siap bagi kad lagi bagi memuliakan ramadhan,kata mereka RAMADHAN lah masa terbaik untuk kita bermaafan dan tingkatkan amalan kita,mula-mula blurr jek dpt kad masa bulan ramadhan bukan kad raya,lama-lama biasa daaaa..)

Tuesday, August 18, 2009

Mekah, Internet dan Tahniah abah!

Salam..

Dah lama tak update blog..biasalah internet buat hal dengan masalah ke slow"an nye (bahasa apa daaa) di samping kelewatan nak membuat pembayaran,huahuahua. So inilah cerita kami.

13hb Ogos 2009
Tahniah buat abah kerana melangkah setahun berhijrah keluar dari Malaysia iaitu dimana lagi Yanbu Al-Sinaiyyah, Arab Saudi.Alhamdulillah moga terus TABAH,CEKAL BERUSAHA demi keluarga di sini dan keluarga di kampung yang memerlukan perhatian abang sebagai ketua keluarga dan anak sulung..Moga abah akan sentiasa di murahkan rezeki oleh ALLAH, diberikan kesihatan yang baik untuk mecari rezeki itewww...

15hb-16hb Ogos 2009
Emm bila hubby kata nak ke mana kali ni? Mekah atau Madinah, mama pilih Mekah!!!huhuhu.Maka jam 6pg pas mama masak bekalan pagi nasi goreng minang dan cekodok bilis,berangkatttt pergi..Alhamdulillah dapat sekali lagi menunaikan Umrah..Syukur dan dapat juga bermalam di Mekah Al-Mukarammah..Anak-anak pun ok dan seronok.




Nape bila kulihat gambar-gambar ku ini ku rasakan yang badanku ini semakin berisi???...emmm salah baju tu kotttt...besarrr!huahuahua

Itu dia Ustaz Aqif!Insya ALLAH ye Qif..Mama suka tengok Aqif pakai kopiah tu! kekalkan ye Qif..Yang anak dara ku pulak nape macam kontrol ayu giteww..

Tutup jangan tak tutup kakak..sebagai langkah berjaga-jaga ye..

Tiap kali email kan gambar ke Bonda, Bonda kata napelah Dina geramkan adiknya..semua gambar banyak begitu..

Pilih kak jangan tak pilih..Abaya mana kakak suka ye?

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...