halwa telinga
Saturday, July 17, 2010
Bila Dina Dah teruja nak ke sekolah..
Salam...
Memandangkan Dina akan melangkah ke usia 5tahun pada 22 september ini maka adalah baiknya kami menghantar di ke sekolah tadika dulu. Kebetulan ada satu taska baru yang akan di buka di Al-Nakheel yang sedang sibuk memulakan pendaftaran maka kami membuat keputusan memilih Darul Ulum Indonesian School..yang menumpukan kurikulum pendidikan islam ke dalam silibus pembelajaran. Juga memandangkan sekolah ini yang paling dekat berbanding Al Tawheed International Schoolyang Di Balad Yanbu tu.
Satu perasaan wujud bila situasi ini berlaku...Dalam Hati ini Ya ALLAH besar dah anak aku...Bagaimana perjalanan pembelajaran dia kelak, yang akan mula terdedah dengan persekitaran baru, talian persahabatan yang baru dan yang penting akan lahirkah sikap berdikari dalam diri Dina kelak.
Mungkin ada yang tertawa membaca coretan ini..perasaan aku sebagai ibu yang akan melepaskan anak yang berada sepanjang masa di depan mata yang kadang-kadang aku bebeli, teguri dan ada masa aku tangankan akan ke sekolah untuk tempoh setengah hari tanpa di depan mata aku. Bagi ibu-ibu yang bekerja mungkin sudah biasa meninggalkan anak-anak di Taska, di tadika tapi bagi aku,anak yang membesar sepenuh masa di samping aku dan suami di depan mata akan ke sekolah!! kakakaka lawak kan bila bacanya ada juga Ibu macam aku yang merasa kehilangan atau dalam erti kata lain sayu, dan selebihnya takut akan perubahan ini kelak.
Dina pula sudah teruja bertanya, nak bawa beg apa ke sekolah? Ma jangan lupa bawa bekal kakak nanti...Habis kalau kakak nak buang air macamana?sapa nak cucikan...Alahai bila persoalan-persoalan ini timbul jadi risau pula..Setiap hari bertanya sekejap lagi abah nak hantar kakak pergi sekolah ye? Dan satu perubahan yang aku syukuri ialah dia sudah mula rajin untuk belajar..Alhamdulillah untuk tempoh seminggu ini Dina sudah pun lancar dengan huruf dan nombor yang mana sebelum ini aku selalu risau akan hal ini..Bila melihat anak-anak rakan yang lain yg baru 3-4tahun sudah lancar pelbagai. Tapi Aku bangga kerana Dina cepat masuk inputnya..Alhamdulillah..Aku memang tak pernah memaksa Dina untuk belajar walau aku sendiri risau akan ketinggalan hal ini maklumlah kalau di Malaysia anak-anak seusia 3 tahun pun sudah ke Sekolah..Tambah-tambah dengan perkembangan sekarang terlalu ramai kanak-kanak yang bijak dan berlumba-lumba merebut kejayaan sekarang ni..
Buat Kakak selamat melangkah ke dunia baru...Moga pergaulan antara kakak dengan rakan-rakan Indonesia dan Malaysia nanti membuahkan ukhwah yang berpanjangan. Anak kawan kecek Indonesia plak pahni..hehehe...Insya ALLAH Dina akan memulakan sesi persekolahan Ogos ini nanti..Mama doakan Dina akan terus berjaya dalam apa juga Dina ceburi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment