halwa telinga
Wednesday, August 10, 2011
Umrah Ramadhan 5HB Ogos 2011
Assalammualaikum..
Pergi Mekah Balik Hari!
Bila check-check blog ni rupanya da lama tak masukan gambo-gambo Mekah..Padahal peluang datang setiap masa..asal dua minggu jek Mekah-Madinah..gilir-gilir..mana lagi nak pergi selain dua tempat Ibadah ini. Allah da beri peluang maka jangan lepaskan..
So,hari Jumaat 5hb pas berbuka kami decide ke Mekah..Saya buat Umrah,suami jaga anak-anak sebab dia tak plan nak buat dan selain tujuan Umrah kami nak jumpa Ibu dan bapa angkat kami yang datang menunikan Umrah Ramadhan tiap-tiap tahun ( ada entry tentang ibu n uncle..masuk ni dah kali ke 3 kami ketemu di sini..Alhamdulillah)
Umrah Ramadhan saya tahun ni sungguh adventure...bertolak jam 8malam dan kami masuk Mekah jam 11malam..tapi..masa di check point pertama saja da mengalami kesesakan. Bagi yang memakai ihram (yakni lelaki) di kehendaki memarking kete di tempat yang disediakan dan menaiki teksi untuk ke Haram.
Kami meneruskan perjalanan ke Haram. Sampai-sampai Haram laluan Utama di depan Hotel Safwah dan Pintu King Abdul Aziz di tutup..kami berlegar-legar mencari jalan dan tersekat di dalam kesesakan sehingga jam 1pagi. Allahuakbar! Berkeputusan untuk memarking kereta di Tapak Parking Kudai dan dari sana semua jemaah di kehendaki menaiki Bas sebagai pengangkutan utama ke Haram.(teringat pula masa Musim haji lebih kurang sama perjalanan yang kami tempoh tapi kali ni kami membawa Dina dan Aqif) Kasihan mereka! Dengan keadaan Summer sekarang ni.
Sampai di Haram jam 3pagi dan saya meneruskan Ibadah Umrah saya berseorang. Allahuakbar! Dataran saja dah penuh dengan lautan manusia..Tapi Alhamdulillah 1/2jam sahaja saya selesai tawaf..Kuasa ALLAH mengatasi segalanya..kita minta di permudahkan ALLAH makbulkan..Alhamdulillah..
Meneruskan Saie dan hanya bersahur dengan air zam-zam dan sebutir tamar pemberian orang arab yang bersedekah di saie..Alhamdulillah..Tika azan subuh berkumandang saya selesai Umrah saya dengan satu kepuasan.
Oleh kerana hotel penuh suami mengambil keputusan untuk pulang saja ke Yanbu selepas berjumpa dengan Ibu dan bapa angkat ( makasih bu banyak tul barang ibu bawa tuk kami)..Hehehe yang kelakarnya saya menangis masa menapak balik dari Haram menuju ke stesen bas..Saya kata "hausnya..."hehehe Astaghfirullah al azhim.. Macam budak-budak pula saya ni...penat Umrah belum habis saya memerlukan sedikit tenaga lagi tuk meneruskan perjalanan mendapatkan kereta.. Allahuakbar!!(untuk sahabat baik saya Miraney dania very2 sorry yunk,kedai masih tutup dongg...)
Alhamdulillah sampai di Yanbu jam 11pg 6HB Ogos 2011. Moga-moga saya diberikan peluang melakukan ibadat Umrah Ramadhan pada tahun depan..Moga rezeki suami masih bertapak di sini untuk tahun akan datang.. Yang terbaik hanya dari ALLAH sahaja...Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment