Assalammualaikum semua...
Dari subuh channel Makkah ni tak saya tukar-tukar. Perhatian saya banyak ke TV menyaksikan detik Wukuf di Arafah. Beberapa foto sempat saya snap. Saya sedih, selepas solat Zuhur tadi saya keluarkan kembali senarai doa yang saya lafazkan dan ucapkan. Doa yang saya karang untuk dipersembahkan di Arafah tahun lepas.. Saya baca sekali lagi..Macam biasa airmata ni jangan di kata...Saya amati..Alhamdulillah beberapa perkara dalam list doa saya itu sudah ALLAH makbulkan.. YA ALLAH. Saya melahirkan kesyukuran...DIA MAHA MENDENGAR!..Saya habeskan doa itu sekali lagi,dengan harapan doa saya kali ini yang mana belum termakbul akan dia dengar OLEHNYA. Saya akan teruskan berdoa kepadaNYA...
.:::TAHUKAH KITA APA ITU WUKUF??:::.
Hari ini 5 November 2011 bersamaan 9 Zulhi...jjah 1432 H hrinya berwukuf di Arafah. BAgi kita di Malaysia, ia bersamaan dgn masa dari 5 petang hngga 10.39 mlm. Wukuf, wktu bila mana ketujuh-tujuh syurga dibuka, bilamana tiada 'hijab' di antara Allah SWT dan hamba-NYA, waktu paling afdal dlm stahun utk bdoa dan solat. Marilah kita mnfaatkn wktu bbrp jam ini mEmanjatkan doa btaubat dgn ssungguh hati penuh harapan.
Wukuf ertinya berhenti atau berdiri. Tetapi maksudnya ialah menghadirkan diri di padang Arafah pada masa antara zohor hari 9 Zulhijjah hingga sejurus sebelum fajar 10 Zulhijjah. Cukup wukuf walau sekejap atau llu sahaja dengan syarat orangnya sedar - sempurna akal. Di mana-mana sahaja dari bumi Arafah itu boleh jadi tempat wukuf, asal sahaja ianya dalam kawasan bumi Arafah. Dan tidak pula disyaratkan orangnya itu mesti memijak bumi Arafah. Andainya ia hanya berada di dalam kereta atau bas dan tidak turun menjejakkan kakinya di bumi itu juga sah wukufnya. Hanya yang ada khilafnya pada udara Arafah - menurut pendapat yang lebih kuat bahawa udara Arafah itu dikira Arafah seperti udara yang bertentang Kaabah dikira Kaabah. Andainya seseorang itu tidak dapat wukuf tidaklah sah hajinya dan hendaklah menruskan amalannya dan bertahallul dengan amalan umrah serta wajib membayar dam. Ia juga wajib mengqada haji pada tahun hadapannya...WALLAHUALLAM.
(Ikhsan sharing dari JKKK Fan Club dari Facebook)
(Ikhsan sharing dari JKKK Fan Club dari Facebook)
No comments:
Post a Comment