halwa telinga

Saturday, March 17, 2012

Mendoakan dari kejauhan buat adik saya

Assalammualaikum...

Semalam dok borak-borak ngan adik saya di skype..Katanya da lewat tarikh keuzuran..saya katakan "g lah test mana tahu ada rezeki ko kalini.."

Dia takut kecewa lagi kerana telah 3 tahun berumahtangga tapi belum dikurniakan oleh ALLAH akan zuriat penyambung generasi.

Oleh kerana dia nak ke klinik ambil ubat alahan saya cadangkan dia, buat test dulu...

Keputusan - ve

Saya syorkan pada dia buat scan di klinik...kesudahannya lain pula keputusan nye...Pada tanggapan awal puan doktor memikirkan adik saya mengandung. Tapi bila di semak kira ukuran baru 2.6cm kalau refer pada kelewatan sudah 6minggu. Setelah di teliti adik saya ada cyst dalam rahim. Allahuakbar! Ujian lagi dari ALLAH buat dia.. Sesungguhnya ujian untuk kita ni pelbagai. Hanya kekuatan dalam diri sendiri saja dapat di atasi.

Saya pernah dan selalu bergurau dengan dia..Kalau saya mati dulu saya serahkan Dina pada dia untuk jagaan..saya katakan saya akan buat surat dan cari saksi untuk penyerahan Dina kepada dia kelak...hehehe..Dia akan marah saya kerana memikirkan bukan-bukan. Saya katakan saya yakin dina akan lebih rasa disayangi kasih ibu kalau saya mati dulu dari suami..hehehe...Hanya Dina bukan Thaqif saya kata, Thaqif untuk orang tangga batu pelihara kikikiki...

Rawatan susulan buat adik saya bertarikh 4.4.12 ni.saya mengharapkan keajaiban buat dia. Mana tahu ALLAH nak berikan baby buat dia bukan cyst seperti jangkaan puan doktor. Apa-apa pun kami sekeluarga mendoakan dari kejauhan buat adik saya MadamLala...

Search dan tanya pada kawan-kawan yang pernah mengalaminya..apa tindakan? apa susulan? apa persediaan semua kena ambil kira...Insya ALLAH along tahu adik kuat! Cakap pada along apa ujian yang telah ALLAH berikan pada adik yang adik tak hadap! Walau macamana susah pun ujian itu, walau macamana banyak pun airmata yang sudah adik keluarkan tapi ujian-ujian sebelum ini sudah adik tempuh kan??? ALLAH berikan lagi sedikit ujian seterusnya buat adik dan suami jadi Insya ALLAH kelak akan berbaloi dengan pulangan...Amin

Buat semua yang membaca entry saya kali ini..doakan buat adik saya Lindaherdani bt Raman. Semoga ALLAH memberikan kesembuhan buat dia..Semoga ada keajaiban yang sebenarnya buat dia. DOA SELALU DIK!


4 comments:

Ejalz said...

insyaAllah..... moga tiada yang lebih buruk dari cyst.... tapi lebih indah, jika ianya berita baik ... sama-sama kita doakan....

KAHERAH said...

Terima Kasih ejalz...mudahan-mudahan amin...

Unknown said...

insyaAllah takde apa2 orang pon penah gak jumpa cyst tu..tp doktor ckp isyaAllah xde apa2.. bila g buat scan balik semula dah hilang sebb doktor ckp mayb sbb peyed lewat..

tapi harap2 ada gud news utk knda

mdmlala said...

cis... buat aku sedih entry ni...
anyway thnx long..

perit, tp kena hadap jugak...

entry ni buat aku sedih jek...

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...