halwa telinga

Friday, April 27, 2012

Memadai Dengan Rezeki yang Dikurniakan

Assalammualaikum semua..
Nasib baiklah abah ingat adik,kalau tak berebut,Ejal...Thanks a lot!

Sedikit tazkirah hari jumaat ni..hehehe

Seorang ulama berkata " Jika engkau bertakwa kepada ALLAH, tentulah ALLAH akan menolongmu tanpa keluarga, mencukupkanmu tanpa harta, membahagiakanmu tanpa dunia dan menyinarimu tanpa lampu."Inilah kebahagian yang di cari oleh para sahabat dan mereka betul-betul mendapatkannya.

Qarun,yang memiliki kekayaan yang melimpah ruah,yang kunci gudangnya saja berunta-unta banyaknya, mati dalam keaadaan terlaknat,terusir dan tercampak ke dalam neraka. Sedangkan Salman Al-Farasi yang hidup miskin,tersenyum ketika meninggal dunia.

Qana'ah (merasa puas dengan pembahagian rezeki dari ALLAH) adalah salah satu jalan untuk meraih kebahagian dan kelapangan dada,di mana jiwamu tidak akan merasa hancur dan hatimu tidak akan merasa lelah dengan kesedihan akan kekayaan dunia yang belum diperolehi atau pun yang telah hilang.

Ini bukan bererti bahawa kita tidak dibenarkan memakai pakaian yang bagus dan rapi. Sebab, ALLAH s.w.t itu indah dan menyukai keindahan. Akan tetapi hindarilah sikap berlebih-lebih dan sombong ketika memakainya dan relalah dengan pakaian bagus yang telah engkau miliki dan jangan berkeluh kesah untuk mendapat yang lain.

Apabila ALLAH s.w.t telah menjaga agama dan keimananmu,maka tidak ada ertinya jika semua perhiasan dunia hilang darimu.


(Rumusan ringkas dari pembacaan buku karangan Dr.Aidh Abdullah Al-Qarni)

3 comments:

Amie said...

selalu2 la menjengah blog ejal tu ... kot2 berminat dgn barangan lain lak :)

KAHERAH said...

hahahaha...eik ada lg ke nak jual?hehehe

Amie said...

keluarkan sikit2 :)

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...