halwa telinga

Wednesday, May 15, 2013

Siri 3 Penceritaan - Schipol to Hotel Bema, Museumplein.

Assalammualaikum

Kita sambung cerita percutiaan kami...Alhamdulillah sampai dengan selamat di Schipol Amsterdam Airport...Masya ALLAH punyalahh ramai orang...

Sebelum tu,singgah dulu di Holland Tourist Information...

Kat sini boleh beli tiket ke Keukenhouf siap-siap...Tapi ingat Keukenhouf yakni Taman Tulip hanya buka pada 20 Mac sehingga 20 Mei setiap tahun k...Beli tiket bas return Schipol Airport - Hotel - Schipol untuk bus No 197...dan tiket bas NO 858 dr Schipol ke Keukenhof (return juga ) Tiket yg kami beli tiket Combi tiket merangkumi tempat-tempat yang saya terangkan tadi...Untuk dewasa berharga 27.50 euro dan untuk kanak-kanak 4-11tahun berharga 12.50 euro

So selesai dapatkan info dan tiket kami menuju bas stop yang disediakan depan jek Airport...so tunggu laa bas no 197 yang akan membawa kami ke Museumplein tempat kami nak stop di mana Hotel Bema menjadi pilihan bermalam kami...

Masa tu dah tengok macam-macam gelagat manusia...Apa ke hal semua baju oren...muka berconteng-conteng ni???hehehehe seram I, UUU huhuhuhu...

Emm nilah Hotel Bema pilihan kami...di ingatkan masa booking tu jangan lupa request bilik airnya dalam bilik k...sebab ada juga yang bilik airnya di luar bilik dan terpaksa share ngan penginap yang lain...So kami booked untuk 4 katil dan bilik air dan bilik mandi di dalam bilik...Alhamdulillah...WALAUPUN KAT EROUPE NI JAMBAN TAKDE AIR NAK CUCI PUPUH KITA hehehehe tak ke big problem bagi kami yang da biasa guna air ni kakakakaka...(CADANGAN 1- BAWAKLA BOTOL MINERAL KOSONG KE MANA-MANA SAHAJA ANDA PERGI DAN JUGA TISU BASAH,MUDAHLAH NANTI PENGERJAAN ANDA...TERUTAMA DI TANDAS-TANDAS AWAM...pssstt sib baik takde yg nampak saya tadah air dalam botol mineral bw masuk jamban!!!huahuahuahua bab ni ada seksa sikitlaaaa)


Cabaran bermula bila menaiki bas 197 (tiket bus harga 4euro one way seorang,beli jek kat bus stop ada pakcik indonesia yg mmg asal situ jual hehehehe).. Kisahnya masa kami tiba 30 April tu rakyat jelata Holland menyambut dan merai HARIJADIK QUEEN diorg rupanya...so mmg happening itu harilaaa..patutlaaa oren jek sana sini...Jadi cabarannya 1. Bas yang membawa kami tak berhenti ke tempat harian mereka...terpaksa la kami menapak jauhhhh nak ke Hotel Bema. 2. Naik bas di Eropah rakyatnye idaklah ramah dan kesiankan anak-anak kecil..maka berdirilah selama 30minit dr Schipol ke Museumplein..Tapi ibu-ibu yg ada anak kecik bawakla stroller ada tempat khas tuk mereka berdiri dengan stroller tu. 3. Dah namanya pesta..maka kita ke negara asing..maka minuman keras merata alamlaaaa kita nampak hehehehe 4. Dah namanya pesta maka pakaian pun pesta la juga..Maka sediakan jawapan tuk anak-anak yg bertanya WHY?WHY?..itulaa saya katakan syukur kami berada di Negara Islam...tapi dah nama melancong ke tempat orang maka jangan negatif kita di tenpat orang, itu budaya mereka...Sekurang-kurangnya di Holland ramai orang luar yang bertudung muslimah cam saya hehehehe...5. Anjing berkeliaran sana sini dengan tuannya memegang rantai mereka...so cubala elak-elak supaya tak kena samak!hahahahaha Anak-anak tak biasa maka terjerit-jerit dan menyorok jauh dari ANJING!!! huhuhuhu..6. Sediakan jawapan buat anak-anak kenapa orang eropah tanpa segan silu (ringan-ringan) ditempat awam huahuahuahua.

Ada sedikit kepenatan masa mencari Hotel Bema..Biasanya Bas akan berhenti betul-betul depan hotel tapi laluan dah ditutup kerana pesta dan konsert...Mencari dan menapak la kami anak banak dengan usung dua beg tarik huahuahuahua...Pengalaman tuuu!!! Rakyat jelata pulak bersepah-sepah huhuhu...Takla mereka jakun sebab ramai gak yg bertudung haritu...gedebak gedebuk sampai Hotel jam 5petang juga ke hotel...Alhamdulillah...

Taraaaa...dah jayanyaaa sampai ke hotel masuk-masuk pintu tengok tangga ting ting ting tingggggggg...omak aiiii tinggi tuuuu kikiki ater bangunan dia mmg tinggi-tinggi..hahahaha..Memang kurus mak,nak oiiii huhuhuhu. alhamdulillah bersih dan kemasss....biliknye, hotelnye..semua ok...Malam tu tido dengan nyenyaknye setelah makan meggi dan roti bekalan kami..

Tips untuk yg budgeting macam kami
** kami bawa bekalan makanan beras,meggi, perencah-perencah nasi goreng adabi,kiub tomyam,kiub ayam, jem roti(kami bw nutella),roti kosong, roti berperisa, coklat-coklat ,termos air panas...(di Holland hotel kami tiada dapo so kami hanya makan makanan yg mudah-mudah macam roti dan meggi..leh request air panas kat dapo kecik hotel tu) breakfast plak hotel sediakan hanya roti bakar dengan jem starwberi dan majerin serta air hot coklat dan tea serta telur rebus...huhuhu kenyanggg!!!
** kalau g musim sejuk bawaklah sedikit jek baju kita leh ulang pakai baju yg ada sebab dunt worry tak berbau peluh tapi forecast kami ada silap hahahaha tghari sudah panas dan berangin peluh jugakla ketiak mak huahuahauhua...(itu di paris, di amsterdam nyaman donggggg sejuk angin perghhh romatik gitu!)

So next entry bakal nyusul k...adios!!!

No comments:

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...