halwa telinga

Monday, May 2, 2011

Dua buah hati sayang makin membesar.



tengok tu,dua beradik ni. Sudah makin besar anak-anak saya,maka makin berusialah saya ni. lagi 3tahun akan menjangkau 35tahun,tapi anak masih dua orang hehehe. Tapi saya bersyukur kerana Allah sudah berikan saya sepasang buah hati. Tahun ni Dina menjangkau usia 6tahun. Aqif plak awal januari yang lalu dah pun 2tahun. Moga mereka sentiasa membesar dengan sihat di depan mata saya. Moga mereka sentiasa berjaya kelak mengharungi hidup di dunia ini. Moga mereka tidak lupa untuk mendoakan saya dan abah mereka sentiasa dengan ayat-ayat suci Al Quran.Ameen.

Sunday, May 1, 2011

Saya dah kemaruk makan daging kambing.

Assalamualaikum buat semua,

sejak duduk sini,suker benau makan daging kambing. hehehe,sup kaki kambinglah,kambing buat karilah,pastu laham mendii...fuhhh sedappp.
kalau kat malaysia makan daging sikit,tak kisahlah daging lembu ke kambing ke mesti mabuk dan darah naik.Alhamdulillah kat sini habes dipulun masuk mulut.hehehe. ate camna badan tak naik gebu mengebu huhuhu.harap-harap tahap kolestrol masih boleh di kawal. bimbang juga dengan serangan pelbagai penyakit yang serang hendap pelbagai lapisan umur sekarang ni..mudahan sentiasa beringat tuk hari tua saya.hehehe.

Sunday, April 24, 2011

Tahniah buat dua orang sahabat baik saya.





As salam semua...

Hari ini saya nak melahirkan penghargaan ucapan tahniah buat dua orang sahabat baik saya, yang sama-sama membesar di zaman persekolahan kami di Sekolah Menengah Kebangsaan Klebang Besar, Melaka. Dua sahabat yang sama-sama bersaing secara positif dalam pembelajaran. Dua sahabat yang sama-sama dapat pangkat satu dalam SPM 1996.Mereka yang terpilih adalah hehehe macam anugerah pula! Tentunya Zarina bt Bujal dan Wahidah bt Yakob.

Tahniah buat Wahidah yang mengandung anak ke 3. Semoga kelahiran kali ni mengurniakan kalian berdua anak perempuan seperti yang kamu idamkan. Dan bersabarlah menempuh segala macam morning sickness yang kau kabokan ke aku...setiap masa morning, afternoon dan evening sickness. tahniah untuk abang is dan abang adi yang bakal dapat adik.

Untuk Zarina pula tahniah kerana melangkah kembali ke status pelajar. sambung belajar lagi. banyak jeles woo...saya sudah jauh ketinggalan. Moga Jawatan mu di Jabatan Audit Negara tu akan melangkah setapak lagi.Nampaknye teman melopong arr...hehehe. Kata Zarina, ko tak perlu susah nak pk apa lagi ko banyak duit..ace ceh ceh...rezeki dari Allah buat makhluknya hanya Allah sahaja yang mengetahui dan segeralah kita menadah tangan kesyukuran setiap masa atas apa kurniaan yang diberikan.

juga doa aku moga kalian berdua juga terpilih untuk merasai nikmat berada di tanah suci seperti aku dan anak-anak. Aku sentiasa doakan yang terbaik buat kalian. aku sayang kalian!

Thursday, April 21, 2011

Dalam Pembinaan lagi..



Assalamualaikum semua..harini saya nak upload gambo rumah PPRT mak saya..Adik saya MadamLala sudah upload itu gambo jd saya paste plak kat sini..Alhamdulillah tak lama lagi siaplah..Dan mama saya akan mula berkemas-kemas nanti untuk pindah rumah baru dan semestinya berpindah setelah selesai majlis perkahwinan adik bongsu saya nanti...Insya ALLAH mudahan semuanya berjalan lancar...

Sunday, April 17, 2011

Saya rindu..

Assalamualaikum wbt,

menyengat plak tajuk malam hari ni (kat sini malam mesia da pagi,nak tunggu subuh jek). Saya rindu nak balik tanah tumpah darah saya yakni negeri Melaka. "SEGALANYA ADA DI MELAKA". Apa yang takde kat Melaka tu cuba kabo ke saya. Nak naik whel char besar huahuhaua bukan whel char, eye on Melaka benaunye huhuhu ada kat Melaka. Nak lihat pemandangan sekitar Melaka naiklah menara tamingsari. Nak tahu kesan sejarah nak kaji sejarah datang jek Melaka. Nak naik bot ala2 Venice naik jek kat Melaka nyusur sepanjang sungai Melaka. Nak g shopink macam-macam shopink complex ada.Larat ngan tak larat jek kamu nak jalan,dr yg secomel-comel hingga yang sebesarnya bak kata orang kalau jalan mahu ketaq kepala lutut hehehe.
Saya mahu balik Melaka,saya mahu makan masakan mama dan mertua saya. Dan yg paling perlu saya dan suami cari bila balik Melaka ialah asam pedas semestinya ke kedai Haji Hamzah kat Pasar Borong Batu Berendam.Marvellos!Pahtu tak lupa juga mesti pekena Yong Tau Foo kat Pulau Gadung.waduh enaknya. Da macam orang ngidam bila teringat makanan tu! Kami juga akan berkunjung ke kedai makan selera kampung nak pekena kerabu mangga dan pelbagai sajian lauk yang terlalu banyak sampai tak tahu nak pilih apa. Emm,apalagi eik yang mesti kami makan bila balik nanti? Hah! nak ke restoran ikan bakar kat muara sungai dekat Alai. Kalau balik tak cari makan tak sah! hehehe
Balik kampung kali ni juga saya ada reunion class 5 Anggun tahun 1996. Saya mesti hadirkan diri dan yang pasti saya yang paling gebu antara rakan kelas yang lain hahaha,dua atau tiga kali ganda dari dulu huhuhuh.
Apa-apa pun tiket dari lan 12 lagi kami da beli tunggu nak balik jek( beli time murah!hahaha),kalini kami naik Saudi Airlines.Jom kita balik kampung! Tempat jatuh lagi di kenang,sementara kita masih ada orang yang kita sayang di sana mari kita jenguk-jenguk mereka dan hiburkan hati mereka. Tapi cuba kabo ke saya,sesapa yang merantau ada tak yang taknak balik kampung? Takde kan? Semua orang ternanti-nanti nak balik kampung.Macam saya yang dok hitung hari je.
"Segalanya Ada Di Melaka"

Wednesday, April 13, 2011

Rumah PPRT

Assalammualaikum semua,percubaan pertama update dr galaxy tab saya hahahaha wallaaaa?harini saya nak berkongsi cerita tentang rumah PPRT. apakah rumah itu?saya search kat internet katanya Projek Perumahan Rakyat Termiskin. Alhamdulillah setelah 18 tahun kematian abah saya akhirnya permohonan mama saya lulus nak dapat rumah tu,sedey juga masa kami susah sgt zaman kanak-kanak takde bantuan yang kami terima,dapat bantuan jabatan kebajikan pun tak lama sebab lepas tu ada pulak yg memfitnah kami katanya keluarga mama saya orang berada! yang berada tok ayah saya tapi tak jan nak harapkan tok ayahnye pencen kapten kapal tu!manusia kalau da ada hasad dengki mula lah pelbagai fitnah.Permohonan rumah PPRT ni pun begitulah juga akhirnya mama dapat juga rumah tu dan sedang dalam pembinaan.
Niat permohonan nak dapatkan rumah mesra rakyat yang di bayar 150 sebulan tapi diberijan rumah PPRT. Alhamdulillah bersyukur saja dengan pemberiaan ni walau kecil tapi dapatlah mama rumah sendiri dari menyewa sepanjang hayat. Betul tak saya cerita dulu.kami memang susah! tapi akhirnya hikmah kesusahan Allah balas kemudiannya kalau ada kesabaran. Allah berikan ujian kerana DIA sayang kita. Alhamdulillah juga kerana Allah temukan jodoh saya dengan suami yang juga sejarah kehidupan susah seperti saya! Yang faham erti kesusahan! Bersyukur saya sangat-sangat. Semuanya telah di atur oleh Allah maka redha dan terimalah.

Monday, April 11, 2011

Thanks my abang!hehehe



Asslamualaikum wbt..

hehehe..ms hati gembira ni mahu berkasih-kasihan dan berthank youan (apa nye bahasa laa,kalau pak min baca aku takleh dapat A1)pada en suami saya yg telah memberikan hadiah beday saya sempena 32tahun huhuhu..tahun lepas dia hadiahkan saya I phone 3G, tahun ni jeng jeng jeng..hehehe..hati adak senang, ada manyak untung wooo..kakakaka..Terima kasih buat en suami walau dah terlewat hadiah tu sebab kesibukan keje tapi saya tetap tadah tangan sebesarnya menerima hadiah tu..sapa taknak wooo rugi,rugi,rugi,...rugi tak amik hahaha
untuk itu saya dengan rendah diri ingin mengucapkan berjutaan kasih dan thank you buat en suami kerana hadiah yg terlalu istimewa ni..saya amat berharap tuk beday suami saya jun ini saya mengandung kerana saya ingin menghadiahkan sepasang anak kembar buat dia..hehehe itu doa saya masa di arafah tahun lalu masa pengerjaan haji saya bersama suami. Dan tiap kali ke mekah dan di depan pintu kaabah dan di dalam hijr ismail saya pohonkan juga sepasang anak kembar hehehe..sebab saya telah menjalani operasi pembedahan untuk anak yang sulung dan kedua jadi saya amat berharap agar utk yang akan datang ni Allah kurniakan saya kembar sepasang lelaki dan pempuan sebagai penutup operasi pembedahan pewot saya ni hahahaha..doakan saya yek..terima kasih..

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...