halwa telinga
Sunday, April 24, 2011
Tahniah buat dua orang sahabat baik saya.
As salam semua...
Hari ini saya nak melahirkan penghargaan ucapan tahniah buat dua orang sahabat baik saya, yang sama-sama membesar di zaman persekolahan kami di Sekolah Menengah Kebangsaan Klebang Besar, Melaka. Dua sahabat yang sama-sama bersaing secara positif dalam pembelajaran. Dua sahabat yang sama-sama dapat pangkat satu dalam SPM 1996.Mereka yang terpilih adalah hehehe macam anugerah pula! Tentunya Zarina bt Bujal dan Wahidah bt Yakob.
Tahniah buat Wahidah yang mengandung anak ke 3. Semoga kelahiran kali ni mengurniakan kalian berdua anak perempuan seperti yang kamu idamkan. Dan bersabarlah menempuh segala macam morning sickness yang kau kabokan ke aku...setiap masa morning, afternoon dan evening sickness. tahniah untuk abang is dan abang adi yang bakal dapat adik.
Untuk Zarina pula tahniah kerana melangkah kembali ke status pelajar. sambung belajar lagi. banyak jeles woo...saya sudah jauh ketinggalan. Moga Jawatan mu di Jabatan Audit Negara tu akan melangkah setapak lagi.Nampaknye teman melopong arr...hehehe. Kata Zarina, ko tak perlu susah nak pk apa lagi ko banyak duit..ace ceh ceh...rezeki dari Allah buat makhluknya hanya Allah sahaja yang mengetahui dan segeralah kita menadah tangan kesyukuran setiap masa atas apa kurniaan yang diberikan.
juga doa aku moga kalian berdua juga terpilih untuk merasai nikmat berada di tanah suci seperti aku dan anak-anak. Aku sentiasa doakan yang terbaik buat kalian. aku sayang kalian!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment