halwa telinga

Wednesday, April 18, 2012

Day 2 - Turkozoo, Ice Room & Jurassic Land




Assalammualaikum..

Entry yang tertangguh..Jom nengok gambo jek..Turkazoo ala-ala Underwater world gitu.. Ice Room macam rumah orang eskimo dan Jurassic Land tentang sejarah pelbagai dinasour yang wujud berjuta tahun lalu.

Amat mudah turun hotel, tukar duit ke token tram..naik tram dari SultanAhmet turun ke Yusufpasa, jalan kaki sikit nak naik other tram,kira sampai 6 station henti untuk turun di Kocatepe pastu da sampai ke Forum Istanbul Mall. Respect to all Turkish yang beradab dan menghormati kaum wanita dan anak-anak. (susah-susah sangat search internet segala info dan direction ada dalam tu..tinggal nak printkan dan pastu praktikalnya pulak bila da sampai hehehe..Alhamdulillah)

So hari pertama menghabiskan masa di 3 tempat ni untuk anak-anak. Memang enjoy!

Tuesday, April 17, 2012

2nd Graduation Regconation Y.E.I.S





Assalammualaikum..

Hanya gambar mengungkap segalanya akan kemeriahan majlis penyampaian hadiah kali ke dua Yanbu Elite International School kali ini.

Lokasi kali ini pihak sekolah memilih Movenpick Hotel and Resort Yanbu. Memang kelassss...Terbaik!

Setelah pelbagai keluhan,pengharapan, ketidakpuasaanhati di kalangan ibu dan bapa sepanjang tahun ini berakhir apabila melihat anak-anak menerima anugerah. Mudahan pemilihan YEIS ini adalah yang terbaik buat Dina. Tamat sudah pengajian tahun pertama buat Dina. Bulan 7 ni Dina akan ke Grade 2. Lebih mencabar, untuk mengaharungi silibus. Moga Dina akan terus berjaya. Alhamdulillah untuk anugerah "Responsible Pupil Award" tuk Dina tahun ini...

Wednesday, April 4, 2012

Tercipta Untuk Ku


Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu

Tuesday, April 3, 2012

Mode "Hilman Yong" melanda...


Assalammualaikum..

Sape plak Hilman Yong ni..apa?tak cukup adernye Kamal Yong kakakaka...

Roslinda M Shariff mohon ampon maaflah lalink kalau buku ko tu renyukkk..kemaruk Hilman Yong jawabnye minggu ni dan minggu seterusnya...Jangan Marah ehhh...renyuk aku ganti baru eh..kakakaka..

Apa ada pada Hilman Yong...meh layan sinopsis meh..

(SEDUTAN NOVEL) AWAK SUKA SAYA TAK? - Melur Jelita

Sedutan bab 27

"AWAK SUKA SAYA TAK? Lebih sopan....lebih manis....untuk kita yang belum ada apa-apa ikatan. Cinta bagi saya hanya untuk orang yang sah dan halal iaitu isteri saya. Saya nak halalkan dulu perhubungan kita, baru saya cakap I Love You."

-------------------------------------

Sedutan Bab 46

"Don't you ever disobey me! Jangan cabar I. You belum kenal I siapa! Kali ini, sekali you melangkah tinggalkan I, sepuluh langkah I akan tinggalkan you! You tinggalkan I, I akan tinggalkan you terus! You won't see me again!."

-----------------------------------------
bab 32

Hilman mengeluarkan sesuatu dari poket kotnya, sebentuk cincin.

" Cuba sarungkan…"
Aku ambil dan masukkan ke jari, muat.

" Cincin apa ini?"

" Cincin tunang kita."

Aku hampir tercekik.

‘ Hilman………mana boleh macam ini? Mak ayah saya tak tahu lagi. Ini cara barat. Saya kurang setuju."
Hilman selamba je, sibuk memecahkan telur ke dalam mangkuk.

" Itu cincin tanda. Bagi saya macam tunang la. Tanda yang awak sudah saya ikat. Yang lain – lain tu adat je. Yang ini antara kita berdua. Pasal mak ayah awak, jangan risau. Nanti saya uruskan. Satu – satu . Banyak sangat hal dan masalah yang berlaku."
Lega…..

Aku menghirup teh o panas perlahan – lahan. Hilman tersenyum ,

" Jangan risau…saya akan uruskan segalanya. Saya nak awak minta cuti setahun dari pihak universiti selepas kita kahwin. Nak honeymoon selama setahun."
Aku hampir tersemburrrrrrrr.

" Honeymoon setahun? Honeymoon apa tu? "
Hilman memandang aku pelik,

" Tak cukup ke setahun? Kalau macam tu hari – hari la kita honeymoon……."
Aku dah tercekik, tersembur dan terbatuk – batuk. Cepat – cepat aku tutup mulut dengan napkin. Tolong!

-----------------------------------------------

Sedutan Bab 35

" Awak suka saya tak? Saya hanya mendengarnya sekali ketika di Masjid Wilayah dulu ..itu pun awak tarik balik."

" Saya tak pernah? "

" Ya…tak pernah. Hanya saya …kadang – kadang rasa malu, seperti bertepuk sebelah tangan. Walaupun hidung saya mancung, tetapi tak best pipi tersorong – sorong. Nasib baik, instinct saya kuat…Saya tahu awak suka saya dari mula kita bertemu di KLCC…kemudian perasaan itu semakin subur dan berkembang walau awak cuba menahannya…menafikannya."
Alamak! Hilman nak dengar ungkapan cinta dari mulut aku pula? Ini yang aku lemah ni. Kalau bab bergaduh berperang boleh la. Hilman masih menanti. Aku segan…lebih – lebih lagi mak ada. Walau pun mak sibuk dengan hal dia…tetapi aku rasa tak sedap pula…rasa macam gatal dan tak hormat orang tua.

" Intan…I’m waiting. Masa berjalan…"

" Saya tak pernah ya?"
Aku ulang lagi. Hilman menggelengkan kepalanya.

" Bukan dah pernah?"
Geleng lagi.

" Sekali pun tak pernah?"
Geleng juga. Nampaknya Hilman tak mahu berkompromi. Aku menarik nafas panjang,

" Nanti saya cakap bila tiba masanya."
‘ Inilah masanya."
Beratnya mulut…..aku berbisik.

" Saya suka awak."

" Sorry……"
Aku kuatkan sedikit suara tetapi tetap berhati – hati, malu kalau mak dengar.

" Saya suka awak.’

" Itu saja? "

" Saya suka awak. Kagum dengan awak. Lelaki pertama dan terakhir ….."
Teruknya ayat aku..langsung tak boleh pakai. Kalau mengurat kuda, kuda pun lari.

--------------------------------------
Sedutan bab 38

Amber merenung aku sinis,

" Who said I tak dapat lelaki itu? You should pity yourself..dapat sisa I."

" Bayangnya pun you tak dapat..sisa konon."
Amber gelak..sebiji macam tukang sihir dengan batang penyapu,

" Well..tak sangka…nampak macam tertutup tetapi berbaloikah bertikam lidah kerana seorang Damien….yang terkenal dengan playboynya? "

" Ermm…I tak bertikam lidah, cuma melayan salakan seekor anjing cacat yang confused gendernya ."
Amber berdiri,

"Well…I knew every inch of Damien. Di mana tahi lalatnya..di mana parutnya. I yang putuskan hubungan dengan dia. Bukan dia yang tinggalkan I. You’re just lucky…you dapat dia because I dumped him… "
Amber melangkah pergi dengan bersahaja,

" Amber darling…"
Aku memanggilnya, dia menoleh.

" Damien darling beritahu saya dia tinggalkan awak sebab awak ada satu tahi lalat yang besar di sebelah kiri punggung awak…sebesar ibu jari, dah la hitam , berbulu pula. Dia geli. " Aku mereka!
Amber berlalu pergi dengan pantas. Jahatnya mulut aku! Habislah Hilman kena sembur dengan Amber!
Ha ha ha ha ha

-------------------------
Sinopsis :

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong

" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong

" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha

Judul : Awak Suka Saya Tak?
Penulis : Melur Jelita
Penerbit : KaryaSeni
Semenanjung : RM35
Sabah / Sarawak :RM38

Novel ini menduduki no 1 Carta Bestseller POPULAR, 2 Minggu Berturut-turut. Novel ini juga berjaya menarik rancangan nasi lemak kopi O dalam segmen SINOPSIS.

Minggu Ini Novel ini menduduki no 2 Carta Bestseller di POPULAR, 2 Minggu Berturut-turut berikutnya
—

Kan mak jemah dah kata..sape2 tak beli n baca novel sarat info keagamaan yang tersirat dan tersurat ni RUGI!!!!!

Mak jemah nak ingatkan baca dengan penuh rasa..ambil iktibar dan pengajaran dan contoh yang tersirat dalam novel.

Gaya bahasa yang santai...terselit sirah-sirah zaman nabi semua untuk kita pelajari dan contohi.

Pakat-pakat beli k..Mak Jemah pun balik Mesia nanti nak kena beli ni sebagai koleksi peribadi yang sentimental wooo...hehehe

Saturday, March 31, 2012

Ini ujian..maka terima dan teruskan berdoa.

Assalammualaikum semua..

Semalam saya sambut Hari Lahir saya..30 Mac. Hari ini sudah dua tahun pemergian abah mertua saya 31 Mac...dan esok 1 April genap pula 19 tahun babah saya meninggalkan kami.

Ujian hari ini pula yang ALLAH berikan buat saya yang jauh di sini..Mama masuk hospital pula. Jangkitan kuman dalam paru-paru. Demam dan Asthma tak kebah-kebah..masuk gas dan injet da 3 kali sampai da mengigil-gigil kata adik saya. Moga ALLAH memberikan kesembuhan buat mama saya dalam meniti usia 59tahun ni.

Mari sama-sama doakan buat mama saya supaya dia sihat dan kuat semula menjalani kehidupan di dunia ini.Amin.
Dalam emergency room nunggu di transfer ke wad.
Kek beday dari suami tercinta
ada dua orang yang tak sabar nak makan kek itu.hehehehe

Thursday, March 29, 2012

Menginjak 33tahun..Adakah aku benar-benar bersyukur...

Assalammualaikum semua

Walau pun belum mencecah tarikh 33tahun tapi petang-petang hari ni (waktu saudi) telah melelehkan airmata saya dengan mendayunya bila membaca entry adik perempuan saya..Satu-satunye adik puan dalam kuarga hehehe...very2 touching ngan kata-katanya dalam blog dia.

Arghhh usia 33tahun bak kata mak ucu saya dah besar, dah tak leh terbalik la nombor 33tahun tu..tetap! hehehe

Benar-benarkah saya menghayati erti kehidupan dan perjalanan yang ALLAH kurniakan buat diri saya ini? Bersyukurkah saya?

Yaaaa...saya benar-benar bersyukur dalam semua aspek yang ALLAH berikan dan tentukan buat diri saya...Saya tertanya-tanya sampai bilakah ALLAH memberikan nafas buat saya..Lantas saya kerap berdoa agar saya punya lagi waktu yang panjang dalam kehidupan ini. Yang menentukan ALLAH jua...

33 tahun bukan satu masa yang singkat..penuh dengan pengalaman dan rentetan kehidupan yang ada manis dan duka. Cuma saya, masih perlukan lagi perubahan dalam sikap..emosi..perubahan dalam rupa sahsiah diri yang masih lagi banyak kekurangan...saya benar-benar ingin lagi berubah..kalau dulu tak betudung, saya bertudung..kalau dulu tak kenal tudung labuh saya dah boleh pakai tudung labuh...kalau dulu saya kenal kasut tumit tinggi 3-4inci gara-gara keje travel agency sekarang saya pakai sandal dan stokin...kalau dulu saya da khatam 4-5kali ngaji Al-Quran tapi saya perlukan lagi kelancaran dari bacaan dan tajwid.(saya benar-benar buta tajwid walau dulu da khatam byk kali hehehe)Kalau dulu dunia saya hanya rumah-keje-rumah sekarang saya memahami erti persahabatan dan persekitaran dan kejiranan..Tidak semua orang suka kan kita..tidak semua orang boleh memahami diri kita tapi kita boleh ubah supaya seseorang mengenali kita dengan nilai kasih sayang yang tulus ikhlas.

Saya belajar kesusahan dari dulu..mujur saya diberikan ALLAH suami yang hidupnya susahnya..sama-sama kenal apa itu erti susah saya bersyukur itu.

Allah berikan saya zuriat untuk memberikan kehiburan buat keluarga saya dan keluarga mertua..buat adik-adik yang ingin kan anak buah walau saya adalah sebenarnya seorang yang amat penakut...mengigil saat-saat di hospital...trauma dan fobia di dalam bilik bedah..saya memang benar-benar seorang yang berdarah gemuruh..Kegigilan saya akan jelas kelihatan. Tapi ALLAH berikan juga saya kemudahan untuk menikmati saat kehamilah dan kelahiran.

Allah ambil babah saya dalam usia yang muda belia tapi akhirnya ALLAH berikan saya suami yang benar-benar memahami dalam kehidupan. Bukan kah itu semua hikmah di atas segala sesuatu kejadian.

Saya bukan sekolah dari aliran keagamaan..pendidikan agama saya hanya yang asas..saya belajar dari semua aspek dalam kehidupan. Insya ALLAH saya perlukan lagi ilmu dan sokongan.

Dalam meniti usia 33tahun ini apalagi yang saya perlukan? Saya da diberikan rezeki menunaikan haji di usia muda...bukan kah itu nikmat yang tidak terkata...saya diberikan kekerapan ke RUMAHNYA..bukan kah itu pilihan yang ALLAH berikan..Saya benar-benar bersyukur. Alhamdulillah.

Apa lagi yang saya inginkan?..Saya selalu ingin menjadi anak yang baik pada mama saya walau saya jauh dari mata dia.Mama saya kawan dan pendengar yang paling setia.Saya bersyukur kerana terpilih berada di dalam rahim mama.Saya selalu harapkan agar saya dan mak mertua sama-sama sentiasa memahami dan boleh bergelar kawan. Menerima kekurangan saya..Melihat saya dari mata hati...Saya mahu kan keharmonian yang berpanjangan dalam hubungan kekeluargaan antara kami..Menyayangi hanya kerana ALLAH...jauh dari rasa iri dan hasad...Saya latihkan diri mejauhkan diri dari perkara yang ALLAH tidak suka..Saya masih lagi berusaha dan berusaha.

Terima Kasih buat teman-teman yang memberikan ucapan dan mendoakan pada angka 33tahun ini. Sekali lagi ALLAH memberikan pernafasan dalam kehidupan.

Terima Kasih buat suami atas hadiah pakej percutiaan yang lalu in advance. Tidak ternilai dari pandangan mata tapi bernilai di lubuk hati dan rasa. Terima Kasih!

Saya berbangga kerana babah berikan saya nama NORKAHERAH seperti nama ibu negara mesir KAHERAH memang lain dari yang lain..hehehe...Alhamdulillah..

Sekarang saya sudah 33 tahun meniti usia hidup. Terima Kasih Ya ALLAH....ALhamdulillah...Semoga hari-hari berikut saya diberikan peluang dan peluang lagi untuk berubah..untuk sentiasa bermuhasabah diri..untuk istiqamoh dalam sesuatu yang saya lakukan dan ubahkan dalam diri ini...Mudah-mudahan..Amin.


Tuesday, March 27, 2012

Siti Aisyah..Ahli keluarga baru belah mertua


Assalammualaikum...

Suami dapat anak buah kali ni..anak buah kedua buat keluarga suami..anak buah pertama Allahyarham Safwan, anak arwah adik suami yang meninggal ketika melahirkan.

Siti Aisyah, nama pemberian nenek senah ( my mother in law )..nama yang indah seindah orangnya..Semoga terpelihara hendakNYA.Semoga menjadi anak yang solehah kelak.

Tahniah buat adik ipar saya Kamariah Abdullah dan biras saya Hazuddin...Alhamdulillah!

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...