halwa telinga
Friday, July 15, 2011
Emak Ingin naik Haji!
Assalammualaikum semua...
Nonton filem ni sampai mengalirkan airmata ngan anak-anak.hehehe..Emak ingin naik Haji filem dari Indonesia yang memaparkan kesungguhan Emak wanita miskin yang berusaha mengumpal wang tabungan untuk biaya nya naik haji. Di samping anaknya yang melukis dan menjual lukisan karyanya untuk membantu Emak.
Nape plak aku sedih???Betapa aku bersyukur kerana aku yang ALLAH pilih di usia muda menunaikan haji. Kadang-kadang kita lihat orang yang terlebih kemampuan pun tak dipanggil oleh ALLAH akan jemputan ini. Bersyukur sangat-sangat. Alhamdulillah Ya ALLAH kerana menyenaraikan aku dalam pilihan MU.Bukan kerana aku dapat pergi haji kerana duduk kat Yanbu ni,sebab dah dekat ngan Mekah... tapi sebab utama yang perlu kita tahu ialah DIPILIH atau TERPILIH oleh ALLAH untuk memberikan kad jemputan ini.
Berbalik kepada filem ni tadi..Akhirnya Emak terpilih bersama anak lelakinya menunaikan Haji. Dialog Emak "Ya..Walaupun ALLAH belum memanggil mak sebelum mak sempat ke sana. Pada Emak mungkin tak mampu bagi Emak untuk merentaSi Samudera yang luas untuk ke Tanah Suci..Tapi Emak yakin..ALLAH pasti tahu HATI EMAK SUDAH LAMA DI SITU" arghhh sedih bangat ni!!
Berdoalah agar ada yang terpilih ke sini..Nikmatnya tidak terkata..hanya ALLAH yang tahu.
SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA.(NEXT ENTRY KITA CETE PASAL PUASA LAK K..MERIAH TAU KAT SINI!)APA PERSEDIAAN ANDA DUA MINGGU LAGI???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment