halwa telinga
Saturday, July 30, 2011
Selamat Pulang Kak Zah...
Assalammualaikum semua...
Mode sedih dan terkenang masih terasa. Semalam 29 July..Sahabat baik saya selama di sini..Kak Zah telah pulang ke Malaysia..Meninggalkan Bumi Yanbu dan kembali menetap di Malaysia. Insya ALLAH jika tiada aral dan perubahan kak zah dan anak-anak akan berhijrah ke Kuwait pula mengikut suami yang merubah arus kerja ke sana.Atau kak zah meneruskan kehidupan membesar,menyekolahkan anak-anak di Malaysia.(Yang terbaik adalah ketentuan dari ALLAH S.W.T jua)
Mengapa saya sedih??sebab segala-galanya kami berkongsi bersama. Kak zah tak pernah lokek atau kedekut. Makan dan minum terlalu pemurah buat dia dan suami. Kami bersama-sama menunaikan Haji tahun lepas.Anak-anak saya memang rapat dengan anak-anak kak zah mungkin hanya anak kak zah yang tahan akan kerenah manja dan nakal anak-anak saya. Setiap aktiviti di sini saya mesti dengan Kak Zah..apa2 jek kak zah la hehehe..dia bagai kakak buat saya..tapi kami kalau berbual ber aku - kau sahaja hahahaha...Mesti lepas ni saya rindu nak makan nasi kerabu kak zah...(tambah2 kalau ngandung n ngidam camner tu???)hahahaha..
Apa-apa pun saya doakan kak zah sekeluarga sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan ALLAH S.W.T. Moga kita bisa ketemu lagi nanti kak bila kami pulang bercuti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment