halwa telinga

Thursday, August 18, 2011

Nak Adik lagi, Mama...




Assalammualaikum semua..

Alhamdulillah dah selesai berbuka di Arab ni.. Pas solat Maghrib tadi Dina anak sulung saya tetiba bersuara...

"Eh mama pakai baju Tshirt Mengandung?Mama Mengandung ke?"kata Dina. Huahuahua...

"Mana ada!Kakak doakanlah mama mengandung..."kata saya.

"Ya ALLAH...KAU berikan mama aku mengandung. Aku nak 3 orang adik..."Glurppp tertelan air liur saya. Saya memang nak berikan dia adik..hehehe memandangkan Thaqif yang sekarang kadang-kadang saya panggil Abang Ngah dah berusia 2tahun lebih. Insya ALLAH jika ada rezeki saya benar-benar bersyukur kerana saya dan suami memang tidak merancang baik secara semulajadi mahupun ubatan heheheh cuma rezeki belum berpihak kepada kami. Ada hikmahnya ni kan?

Mudahan berkat bulan Ramadhan ni menjanjikan perjalanan kehidupan yang terbaik buat kami.. Dan tahniah buat adik ipar saya Kamariah kerana telah di sahkan hamil. Setelah mengalami keguguran awal tahun lalu,maka ALLAH anugerahkan dengan yang baru. Mudahan sihat dan selamat hingga waktunya.

Mama...Kakak nak adik!!!

3 comments:

liEza said...

salam ramadhan..
duk sana mcm best je kan..hu3
actually, sya ada impian..insya Allah, saya nak jelajah bumi2 ambiya..walaupun sehari. 8lis sekali dlam hidup saya..itu tk termasuk haji la kan..sya suka baca2 blog tentang kehidupan org sana..doakan saya ya kak.. ;)

KAHERAH said...

Salam ramadhan dan perkenalan lieza..

Bukan macam best lagi lieza..memang best sgt2..apatah lg dekat dengan Rumah ALLAH dan Madinah dekat dengan RasulALLAH


udahan Lieza juga diberikan kad jemputan dr NYA untuk ke sini..Insya ALLAH..

liEza said...

insya Allah...saya kan usahakan utk sampai sana jg..

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...