Di bawah ini ini dinyatakan cara2 atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.? Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda.. ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.
Pagar Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama
Dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis
Tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda
Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:
"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat
sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
[Riwayat al Bukhari]
Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang
mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat
oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.
Sabda Rasulullah S.A.W.:
Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu.
Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih
dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. ?Malaikat
tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa:
'Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan
bersuci'" [Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik]
Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim
bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat
berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi
mereka. ?Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya
merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak
mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya
akan didampingi ?oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.
Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari
puaknya.' [Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik]
Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri
dari sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah- mudahkannya.
Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada
syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu
menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang
ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.
Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang
perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan
solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda: Ertinya: "Sesungguhnya
syaitan telah kencing didalam telinganya" [Riwayat al Bukhari dan Muslim]
Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia
Akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai
Seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalai sebuah
buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki
tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia
telah dirasuk oleh syaitan.
Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca
Doa perlindungan dengan berkata : Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan
syaitan". [Riwayat al Bukhari dan Muslim]
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.
Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan
adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan
kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa :
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau
selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan Keburukan yang
telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku
dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki,
dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan
orang-orang yang suka melakukan tipu daya"
[Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik]
Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan
berzikir kepada Allah sehingga terlelap
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata
kepada Abu Hurairah:
"Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa
di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya
sehinggalah ke waktu pagi'.
YANG BAIK ITU DARI ALLAH, YANG TIDAK BAIK ITU DARI KELEMAHAN MANUSIA
ITU SENDIRI
No comments:
Post a Comment