halwa telinga

Monday, May 12, 2008

Selamat Hari IBu!

Ibu..

• Ketika Berusia Setahun, Ibu Suapkan Makanan DanMandikan Kita. Cara Kita Ucapkan Terima KasihKepadanya Hanyalah Dengan Menangis Sepanjang Malam.

• Apabila Berusia 2 Tahun, Ibu Mengajar Kita Bermain,Kita Ucapkan Terima Kasih Dengan Lari Sambil KetawaTerkekeh-Kekeh Apabila Dipanggil.

• Menjelang Usia Kita 3 Tahun, Ibu Menyediakan MakananDengan Penuh Rasa Kasih Sayang, Kita Ucapkan TerimaKasih Dengan Menumpahkan Makanan Ke Lantai.

• Ketika Berusia 4 Tahun, Ibu Membelikan SekotakPensel Warna, Kita Ucapkan Terima Kasih DenganMenconteng Dinding.

• Berusia 5 Tahun, Ibu Membelikan Sepasang PakaianBaru, Kita Ucapkan Terima Kasih Dengan Bergolek-GolekDalam Lopak Kotor.

• Setelah Berusia 6 Tahun, Ibu Memimpin Tangan Kita KeSekolah, Kita Ucapkan Terima Kasih Dengan Menjerit :"Tak Nak! Tak Nak!"

• Apabila Berusia 7 Tahun, Ibu Belikan Sebiji Bola.Cara Mengucapkan Terima Kasih Ialah Kita PecahkanCermin Tingkap Jiran.

• Menjelang Usia 8 Tahun, Ibu Belikan Aiskrim, KitaUcapkan Terima Kasih Dengan Mengotorkan Pakaian Ibu.

• Ketika Berusia 9 Tahun, Ibu Menghantar Ke Sekolah,Kita Ucapkan Terima Kasih Kepadanya Dengan PontengKelas.

• Berusia 10 Tahun Ibu Menghabiskan Masa Sehari SuntukMenemankan Kita Ke Mana Saja, Kita Ucapkan TerimaKasih Dengan Tidak Bertegur Sapa Dengannya.

• Apabila Berusia 12 Tahun, Ibu Menyuruh Membuat KerjaSekolah, Kita Ucapkan Terima Kasih Dengan MenontonTelevisyen.

• Menjelang Usia 13 Tahun, Ibu Suruh Pakai PakaianYang Menutup Aurat, Kita Ucapkan Terima KasihKepadanya Dengan Memberitahu Bahawa Pakaian Itu TidakSesuai Zaman Sekarang.

• Ketika Berusia 14 Tahun, Ibu Terpaksa Mengikat PerutUntuk Membayar Wang Persekolahan Dan Asrama, KitaUcapkan Terima Kasih Kepadanya Dengan Tidak MenulisSepucuk Surat Pun.

• Berusia 15 Tahun, Ibu Pulang Daripada Kerja DanRindukan Pelukan Dan Ciuman, Kita Ucapkan Terima KasihDengan Mengunci Pintu Bilik.

• Menjelang Usia 18 Tahun, Ibu Menangis GembiraApabila Mendapat Tahu Kita Diterima Masuk Ke Ipta,Kita Ucapkan Terima Kasih Kepadanya Dengan Bersuka RiaBersama Kawan-Kawan.

• Ketika Berusia 19 Tahun, Ibu Bersusah Payah MembayarYuran Pengajian, Menghantar Ke Kampus Dan MengheretBeg Besar Ke Asrama, Kita Hanya Ucapkan Selamat JalanPada Ibu Di Luar Asrama Kerana Malu DenganKawan-Kawan.

• Berusia 20 Tahun, Ibu Bertanya Sama Ada Kita AdaTeman Istemewa,Kita Kata, "? Itu Bukan Urusan Ibu."

• Setelah Berusia 21 Tahun, Ibu Cuba MemberikanPandangan Mengenai Kerjaya, Kita Kata, "Saya Tak MahuJadi Seperti Ibu."

• Apabila Berusia 22-23 Tahun, Ibu Membelikan PerabotUntuk Rumah Bujang Kita. Di Belakang Ibu Kita KatakanPada Kawan-Kawan?. "Perabot Pilihan Ibu Aku TakCantik, Tak Berkenan Akuuu!"

• Menjelang Usia 24 Tahun, Ibu Bertemu Dengan BakalMenantunya Dan Bertanyakan Mengenai Rancangan MasaDepan, Kita Menjeling Dan Merungut, "Ibuuu,Tooooolonglahhh?."

• Ketika Berusia 25 Tahun, Ibu Bersusah PayahMenanggung Perbelanjaan Majlis Perkahwinan Kita. IbuMenangis Dan Memberitahu Betapa Dia Sangat SayangkanKita Tapi Kita Ucapkan Terima Kasih Kepadanya DenganBerpindah Jauh.

• Pada Usia 30 Tahun, Ibu Menelefon Memberi NasihatDan Petua Mengenai Penjagaan Bayi, Kita Dengan MegahBerkata,"? Itu Dulu, Sekarang Zaman Moden."

• Ketika Berusia 40 Tahun, Ibu Menelefon MengingatkanMengenai Kenduri-Kendara Di Kampung, Kita Berkata,"Kami Sibuk, Tak Ada Masa Nak Datang."

• Apabila Berusia 50 Tahun, Ibu Jatuh Sakit DanMeminta Kita Menjaganya, Kita Bercerita Mengenai Kesibukan Dan Kisah-Kisah Ibu Bapa Yang Menjadi Beban Kepada Anak-Anak.

• Dan Kemudian Suati Hari, Kita Mendapat Berita IbuMeninggal! Khabar Itu Bagaikan Petir! Dalam LelehanAir Mata, Barulah Segala Perbuatan Kita Terhadap Ibu Menerpa Satu Persatu. Jika Ibu Masih Ada, Sayangi Dia. Jika Telah Meninggal,Ingatlah Kasih Dan Sayangnya. Sayangilah Ibu Kerana Kita Semua Hanya Ada Seorang Ibu Kandung.

* References dapat dari Email.



Islam menentang keras penganutnya menyergah atau menyakiti ibu sendiri, sekalipun dengan perkataan ah! Apa lagi, sekiranya seorang ibu itu dimaki-hamun atau disisihkan oleh anaknya sendiri.

Allah berjanji bahawa setiap orang yang melakukan penderhakaan akan diberi pembalasan setimpal dengan perbuatan mereka sama ada di dunia atau akhirat.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tiga manusia tidak akan masuk syurga, iaitu orang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya, lelaki yang tidak menjaga maruah keluarganya (dayus) dan perempuan yang menyerupai lelaki. (Riwayat Nasa'i, Bazzar dan al-Hakim).

Al-Hakim juga meriwayatkan hadis Baginda yang bermaksud : Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya, hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mat
i.


No comments:

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...