halwa telinga

Sunday, May 4, 2008

Mendengar Khabar dari Yanbu,Saudi


Alhamdulillah kami turut sama bersyukur bila Zikhan sahabat kami telah selamat berada di Yanbu.Penantian dari bulan Nov 07 yang lalu telah berakhir. Mendengar cerita Zikhan yang kami panggil Z membuatkan hati jadi tak nentu (cehwah!)...Selepas nie sure dengar cete Z mengerjakan Umrah sedangkan batch pertama yang pergi April lalu dah 2 kali buat Umrah.Melihat gambo Mia dan Milah hati aku turut berbisik lepas ni aku pula mengharungi kerinduan bersama Dina. Anak sekecil Mia & Dina masih belum mengerti apa erti perpisahan tapi aku yakin mereka berdua akan faham erti kerinduan pada ayah masing-masing. Kerisauan turut aku rasai apabila melihat Dina yang terlalu manja dengan ayahnya.Kelak akan di tinggalkan ayah buat sementara waktu mencari rezeki di Saudi. Menanti saat pemergian ke sana menyertai suami adalah satu ujian yang maha hebat. Sejak mendirikan rumahtangga belum pernah berjauhan jadi ini benar-benar ujian. Di samping itu aku mengambil langkah dengan mengenali sahabat-sahabat baru yang telah pun berada di sana..meminta pandangan,mendengar cerita mereka. Memang mengujakan. Kaabah kerap memanggil-manggil di ruang mata,hati dan telinga.Moga hajat kami akan termakbul...Doa setiap hari di pohon agar di permudahkan ALLAH S.W.T

1 comment:

Zahraa George said...

salam erah...as dah link dah erahnyer blog..

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...