halwa telinga

Friday, September 5, 2008

Dugaan di Bulan Ramadhan

Jam 3 petang aku di kejutkan dengan panggilan dari adik bongsu ku memberitahu Mak Wan ( nenek ) jatuh di bilik air dan tak sedarkan diri. Dalam usia meniti 80an dan penglihatan yang semakin tak nampak Mak Wan tetap gagah sendiri. Terdengar kata-kata Mak Wan pada Makcik, "Mak penat sangat..."

Lewat Jam 4.30 kami semua ke Hospital Besar Melaka,Mak Wan ditempatkan di emergency. Semua adik beradik mamaku berada di sna selain Mak Usu yang dalam perjalanan dr Kemaman,Terengganu. Dapatla juga aku melihat Mak Wan. Kena serangan darah tinggi dan strok sebelah kanan badan. Sedih melihat keadaan Mak wan begitu.

Sejak aku dari kecil Mak wan memang memanjakan aku sebagai cucu sulung perempuan. Apa yang Mak Wan tak pernah beri pada aku..Barang Kemas, duit semuanya dia hulurkan. Malah kasih sayang Mak wan pada aku bertambah-tambah sejak aku bergelar anak yatim kehilangan arwah abah dalam usia 14tahun. Masuk ke Universiti segala duit poket Mak Wan hulurkan. Malah masa aku bergelar pelajar terbaik di Sekolah Menengah Mak Wan turut sama meraikan di Majlis penganugerahan itu.

Bila aku melangkah ke alam pekerjaan Mak Wan kerap menghulur wang saku,bukan aku yang bagi dia wang tapi Mak Wan yang beri pada aku.

Melangkah ke gerbang pertunangan Mak Wan lah yang paling seronok. Segala suka duka zaman bercinta aku kongsi dengan Mak Wan. Mak Wan tahu segala cerita percintaan aku. Kerana dialah yang paling memahami.

Hadiah terakhir Mak wan sebelum aku bergelar isteri Mak Wan hadiahkan aku set bilik tido untuk kamar pengantinku. Aku terlalu menghargainya.

Masih aku ingat saat aku berangkat mengikut suami ke Terengganu, Mak Wan peluk aku kejap sambil menangis " Jangan lupakan wan..." tapi aku lupa itu semua sejak bergelar isteri. Faktor jarak kami yang jauh membataskan pertemuan kami. Boleh di bilang dengan jari berapa kali aku melawat Mak Wan sejak berkahwin dan mempunyai anak... Tapi walaupun begitu aku tak lupa akan jasa dan kasih sayang Mak Wan pada aku selama ini.

Bebalik cerita di hospital, kami berbuka beramai-ramai di hospital buat mengalas perut. Jam 7.30 kami mendapat keputusan scan dan Mak wan disahkan mengalami pendarahan Otak yang besar. Mak Wan di tempatkan di Wad kritikal kerana semua wad penuh buat masa nie. Doktor memberikan tempoh dua jam untuk berbincang untuk membawa Mak Wan HUKL untuk menjalani pembedahan membuang darah di otak Mak Wan. Aku melawat lagi Mak Wan...ku kucup Mak wan sepuas-puasnya. Dengan keadaan yang kurus dan hanya tinggal kulit tu aku bertambah kesian pada Mak Wan. Kata-kata ampun dan maaf hanya aku mampu lafazkan di dalam hati kerana aku tak mampu lagi membendung tangisan dan sedu sedan ku ini.

Waktu aku mencoretkan blog ni, mak wan di tempatkan di Wad pantauan untuk berjaga-jaga doktor masih belum memberikan keputusan. Harapan aku agar masih mampu Mak wan menjalani kehidupan dan kami tetap redha dengan ketentuan ILAHI. Di samping berusaha dan juga berdoa....

5 comments:

REENAZ said...

Sabar ye Erah...Tersentuh akak baca cerita erah ni. Org kata berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sesama ler kita berdoa agar Mak Wan Erah cepat sembuh....Insyaallah....

KAHERAH said...

Salam kak Ina, terima kasih ye atas doa akak.Apa yang perlu sekarang Erah redha akan ketentuan Ilahi.

Jamilah said...

Salam.. sedih plak aku.. bertuah juga ko dpt merasa sentuhan seorang nenek erah berbanding aku, sedari aku lahir sehari sampaila sekarang aku tak pernah jumpa nenek/atuk..huhu.. Nampak gayanya keluarga ko dan kamal didugai ujian keluarga agak berat juga ye..
jangan terlalu stress k..sian baby tu kang..

KAHERAH said...

Salam Milah,

Fuhh memang betul ko cakap..dugaan kuarga yg berat kan? Ni baru sikit nampaknye ujian ni. Nak tgk bagaimana aku hadapi..yupp isau jugak ngan si kecik dalam nie,mama dia asyikk sok sek sok sekk..menangis.hehehehe..aku kena hadapi jugak.

rokiah said...

Salam erah,

Tersentuh untie membaca kisah yang erah alami. Bersabarlah menghadapi segalanya.

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...