halwa telinga

Sunday, September 7, 2008

Redhalah dengan ketentuan ALLAH

Hari ini aku ke hospital lagi. Mak Wan disahkan 30-70 peratus sahaja oleh doktor. Demam panas Mak Wan berlarutan. Pagi tadi doktor memberitahu paru-paru Mak Wan telah di jangkiti kuman.

Syukur Alhamdulillah aku dapat juga melafazkan kata-kata di telinga Mak Wan.

" Wan Amponkan dan maafkan Along selama ini ye Wan atas segala dosa yang Along lakukan samada nampak atau tidak. Terima Kasih Wan atas segalanya Wan"..Puas hati ini bila kata-kata itu terluah juga. Ramai betul hari ini yang datang melawat Mak Wan. Adik beradik Mak Wan yang seramai 16orang, Anak-anak Mak wan 8 orang termasukla cucu-cicit dan anak buah Mak Wan.

Tak ada lain yang mampu aku lakukan selain membaca surah yasin dan ayat-ayat Syifa...berulang kali aku mambacanya dari berdiri aku duduk di tepi katil Mak Wan sambil mengenggam erat tangan Mak Wan.

Bak kata suami ku, Redhalah akan ketentuan dari Ilahi. Semuanya telah di tentukan...Ya, aku akan terus berdoa untuk Mak Wan.

4 comments:

Unknown said...

salam.. ramadhan karim!
semoga akak tabah menghadapi semua ujian dan dugaan dariNYA..

Saliza said...

Assalamualikum erah,
Ni kak za,sedih baca cete terbaru erah tu. Teringat kak za masa nenek dulu. tapi x sempat jumpa. Apa pun tabahlah dengan dugaan Allah.
Blok ummulamirul dah on semula.jom kita tukar2 cete.

KAHERAH said...

TQ tuk Ummi Wafa...

kak za patutla lama tak update blog..dok buka2 tang tu jugak hehehehe...leh la kita tukar2 cerita semula.

REENAZ said...

Berdoa dan terus berdoa. Redha dgn apa yang terjadi. Cuma Kak ina nak pesan, sentiasa berada disisi Mak wan erah. Sebab, maid kak ina dulu pernah pesan, kalau org tua jatuh & terus dlm keadaan x sihat, jgn tinggalkan dia sorg diri. Masa tu nenek suami kak ina jatuh bilik air & terus x leh jalan & sakit2.

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...