halwa telinga

Tuesday, September 23, 2008

Mak Wan pergi jua...

Salam...

Jam 10.00 malam, 23 September 2008 bersamaan 23 Ramadhan Mak Wan kembali juga menemui Ilahi. Kami semua redha kerana tahu akan ketentuan ini. Lagipun usia Mak Wan dah lanjut malah jantung mak wan semakin lemah, paru-paru telah dijangkiti kuman dan penuh dengan air.

Sempat juga Mak wan di bawa balik ke rumah selama 5 hari, sehinggalah tadi Mak Wan muntah-muntah yang teruk dan di bawa kembali ke wad kecemasan. Doktor telah pun memberitahu bahawa Mak wan tidak ada harapan lagi.

Esok Mak Wan akan di semadikan di Pusara bersama Moyang ( Nek Ncik) dan MOyang Tok Aki, serta bersama Adik Mak Wan Jaffar yang baru 2 bulan kembali ke Rahmatullah.

Doa kami agar roh Mak Wan dicucuri rahmat dan akan di tempatkan di kalangan orang yang beriman.

4 comments:

cik aa said...

takziah..marilah sama2 kita sedekahkan al-fatihah pada arwah

REENAZ said...

Takziah....Rasa sedih pulak. Teringat arwah nenek suami akak dulu meninggal pd hariraya ke-2, masa tu, suami akak pun tak de gak...Al-fatihah pada Mak Wan....

Saliza said...

Takziah..sabar dan redha

kak za juga kehilangan nenek wan pada bulan puasa tahun lepas. sedih sungguh tak dapat balik ganu masa tu....

Jamilah said...

Takziah erah..patut pon aku tggu2 ko onlen tp tak de jek.. hari nih aku pi melaka jumpa ko antau barang ..

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...