halwa telinga
Sunday, April 24, 2011
Tahniah buat dua orang sahabat baik saya.
As salam semua...
Hari ini saya nak melahirkan penghargaan ucapan tahniah buat dua orang sahabat baik saya, yang sama-sama membesar di zaman persekolahan kami di Sekolah Menengah Kebangsaan Klebang Besar, Melaka. Dua sahabat yang sama-sama bersaing secara positif dalam pembelajaran. Dua sahabat yang sama-sama dapat pangkat satu dalam SPM 1996.Mereka yang terpilih adalah hehehe macam anugerah pula! Tentunya Zarina bt Bujal dan Wahidah bt Yakob.
Tahniah buat Wahidah yang mengandung anak ke 3. Semoga kelahiran kali ni mengurniakan kalian berdua anak perempuan seperti yang kamu idamkan. Dan bersabarlah menempuh segala macam morning sickness yang kau kabokan ke aku...setiap masa morning, afternoon dan evening sickness. tahniah untuk abang is dan abang adi yang bakal dapat adik.
Untuk Zarina pula tahniah kerana melangkah kembali ke status pelajar. sambung belajar lagi. banyak jeles woo...saya sudah jauh ketinggalan. Moga Jawatan mu di Jabatan Audit Negara tu akan melangkah setapak lagi.Nampaknye teman melopong arr...hehehe. Kata Zarina, ko tak perlu susah nak pk apa lagi ko banyak duit..ace ceh ceh...rezeki dari Allah buat makhluknya hanya Allah sahaja yang mengetahui dan segeralah kita menadah tangan kesyukuran setiap masa atas apa kurniaan yang diberikan.
juga doa aku moga kalian berdua juga terpilih untuk merasai nikmat berada di tanah suci seperti aku dan anak-anak. Aku sentiasa doakan yang terbaik buat kalian. aku sayang kalian!
Thursday, April 21, 2011
Dalam Pembinaan lagi..
Assalamualaikum semua..harini saya nak upload gambo rumah PPRT mak saya..Adik saya MadamLala sudah upload itu gambo jd saya paste plak kat sini..Alhamdulillah tak lama lagi siaplah..Dan mama saya akan mula berkemas-kemas nanti untuk pindah rumah baru dan semestinya berpindah setelah selesai majlis perkahwinan adik bongsu saya nanti...Insya ALLAH mudahan semuanya berjalan lancar...
Sunday, April 17, 2011
Saya rindu..
Assalamualaikum wbt,
menyengat plak tajuk malam hari ni (kat sini malam mesia da pagi,nak tunggu subuh jek). Saya rindu nak balik tanah tumpah darah saya yakni negeri Melaka. "SEGALANYA ADA DI MELAKA". Apa yang takde kat Melaka tu cuba kabo ke saya. Nak naik whel char besar huahuhaua bukan whel char, eye on Melaka benaunye huhuhu ada kat Melaka. Nak lihat pemandangan sekitar Melaka naiklah menara tamingsari. Nak tahu kesan sejarah nak kaji sejarah datang jek Melaka. Nak naik bot ala2 Venice naik jek kat Melaka nyusur sepanjang sungai Melaka. Nak g shopink macam-macam shopink complex ada.Larat ngan tak larat jek kamu nak jalan,dr yg secomel-comel hingga yang sebesarnya bak kata orang kalau jalan mahu ketaq kepala lutut hehehe.
Saya mahu balik Melaka,saya mahu makan masakan mama dan mertua saya. Dan yg paling perlu saya dan suami cari bila balik Melaka ialah asam pedas semestinya ke kedai Haji Hamzah kat Pasar Borong Batu Berendam.Marvellos!Pahtu tak lupa juga mesti pekena Yong Tau Foo kat Pulau Gadung.waduh enaknya. Da macam orang ngidam bila teringat makanan tu! Kami juga akan berkunjung ke kedai makan selera kampung nak pekena kerabu mangga dan pelbagai sajian lauk yang terlalu banyak sampai tak tahu nak pilih apa. Emm,apalagi eik yang mesti kami makan bila balik nanti? Hah! nak ke restoran ikan bakar kat muara sungai dekat Alai. Kalau balik tak cari makan tak sah! hehehe
Balik kampung kali ni juga saya ada reunion class 5 Anggun tahun 1996. Saya mesti hadirkan diri dan yang pasti saya yang paling gebu antara rakan kelas yang lain hahaha,dua atau tiga kali ganda dari dulu huhuhuh.
Apa-apa pun tiket dari lan 12 lagi kami da beli tunggu nak balik jek( beli time murah!hahaha),kalini kami naik Saudi Airlines.Jom kita balik kampung! Tempat jatuh lagi di kenang,sementara kita masih ada orang yang kita sayang di sana mari kita jenguk-jenguk mereka dan hiburkan hati mereka. Tapi cuba kabo ke saya,sesapa yang merantau ada tak yang taknak balik kampung? Takde kan? Semua orang ternanti-nanti nak balik kampung.Macam saya yang dok hitung hari je.
"Segalanya Ada Di Melaka"

Wednesday, April 13, 2011
Rumah PPRT
Assalammualaikum semua,percubaan pertama update dr galaxy tab saya hahahaha wallaaaa?harini saya nak berkongsi cerita tentang rumah PPRT. apakah rumah itu?saya search kat internet katanya Projek Perumahan Rakyat Termiskin. Alhamdulillah setelah 18 tahun kematian abah saya akhirnya permohonan mama saya lulus nak dapat rumah tu,sedey juga masa kami susah sgt zaman kanak-kanak takde bantuan yang kami terima,dapat bantuan jabatan kebajikan pun tak lama sebab lepas tu ada pulak yg memfitnah kami katanya keluarga mama saya orang berada! yang berada tok ayah saya tapi tak jan nak harapkan tok ayahnye pencen kapten kapal tu!manusia kalau da ada hasad dengki mula lah pelbagai fitnah.Permohonan rumah PPRT ni pun begitulah juga akhirnya mama dapat juga rumah tu dan sedang dalam pembinaan.
Niat permohonan nak dapatkan rumah mesra rakyat yang di bayar 150 sebulan tapi diberijan rumah PPRT. Alhamdulillah bersyukur saja dengan pemberiaan ni walau kecil tapi dapatlah mama rumah sendiri dari menyewa sepanjang hayat. Betul tak saya cerita dulu.kami memang susah! tapi akhirnya hikmah kesusahan Allah balas kemudiannya kalau ada kesabaran. Allah berikan ujian kerana DIA sayang kita. Alhamdulillah juga kerana Allah temukan jodoh saya dengan suami yang juga sejarah kehidupan susah seperti saya! Yang faham erti kesusahan! Bersyukur saya sangat-sangat. Semuanya telah di atur oleh Allah maka redha dan terimalah.

Monday, April 11, 2011
Thanks my abang!hehehe
Asslamualaikum wbt..
hehehe..ms hati gembira ni mahu berkasih-kasihan dan berthank youan (apa nye bahasa laa,kalau pak min baca aku takleh dapat A1)pada en suami saya yg telah memberikan hadiah beday saya sempena 32tahun huhuhu..tahun lepas dia hadiahkan saya I phone 3G, tahun ni jeng jeng jeng..hehehe..hati adak senang, ada manyak untung wooo..kakakaka..Terima kasih buat en suami walau dah terlewat hadiah tu sebab kesibukan keje tapi saya tetap tadah tangan sebesarnya menerima hadiah tu..sapa taknak wooo rugi,rugi,rugi,...rugi tak amik hahaha
untuk itu saya dengan rendah diri ingin mengucapkan berjutaan kasih dan thank you buat en suami kerana hadiah yg terlalu istimewa ni..saya amat berharap tuk beday suami saya jun ini saya mengandung kerana saya ingin menghadiahkan sepasang anak kembar buat dia..hehehe itu doa saya masa di arafah tahun lalu masa pengerjaan haji saya bersama suami. Dan tiap kali ke mekah dan di depan pintu kaabah dan di dalam hijr ismail saya pohonkan juga sepasang anak kembar hehehe..sebab saya telah menjalani operasi pembedahan untuk anak yang sulung dan kedua jadi saya amat berharap agar utk yang akan datang ni Allah kurniakan saya kembar sepasang lelaki dan pempuan sebagai penutup operasi pembedahan pewot saya ni hahahaha..doakan saya yek..terima kasih..
Thursday, April 7, 2011
Saya jumpa mereka!
Assalamualaikum wbt..
Baru balik dari mekah..saya jumpa cikgu kesayangan saya masa sekolah menengah dulu,Sekolah Menengah Kebangsaan Klebang Besar,Melaka.., cikgu yang ajar saya Bahasa Melayu dari tingkatan dua hingga tingkatan lima..cikgu yang memperkenalkan saya pada dunia sastera..cikgu yang menarik saya memasuki pertandingan-pertandingan pantun,bahas, syarahan masa sekolah..cikgu yang ajar saya hingga saya dapat A1 dalam bahasa melayu masa SPM 1996..bak kata orang segalanya terbaik dari cikgu yang kami panggil Pak Min! Terima Kasih Pak Min atas segalanya..
Pak Min datang mengerjakan Umrah dengan wife..seronok sangat walau masa terhad buat kami ditambah dengan keaktifan hero pujaan malaya kami Thaqif!hehehe..maaf ye cikgu...Insya ALLAH ada rezeki kita jumpa lagi di kampung halaman...
Lepas tu tak terduga tak direncana kami terjumpa dengan Pak Lang Salleh dan Mak lang ani kami..tahu mereka akan mengerjakan Umrah tapi tiada info yang detail tentang penginapan dan no telefon untuk menghubungi mereka.. kata Mak Lang.."malam kami terasa sangat nak solat di tingkat dua, rupanya kita nak dipertemukan Allah"...Alhamdulillah semua kerana DIA..
jadi saya banyak gembira ini hari..hehehe..Terima Kasih Ya Allah atas nikmat pertemuan ini...
Friday, April 1, 2011
Babah
As Salam..
1 April 2011 cepatnye masa berlalu...semalam 31 march genap usia pemergian arwah pak mertua aku Abdullah bin Mobil..sudah setahun rupanya abah pergi...Hari ni plak 1 April genap 18 tahun arwah babah pergi...jangka masa yang lama tapi bagi aku dan keluarga TIDAKKKK!!!rasa bagai baru semalam. Kalau nak dok ingat nostalgia ngan arwah terlalu lah banyak...kenangan semua tu mana boleh lupa. Bau dia pun aku leh ingat lagi..mana tak, hari-hari bonceng motor ngan dia antar g sekolah!hehehe..Bau malam dia meninggal dengan bauan minyak angin tu pun kadang-kadang aku masih terbau-bau. Apa taknye aku yang memeluk dia saat dia menunggu roh di cabut malaikat.aku peluk erat dia pagi subuh tu...Aku yang melihat di depan mata babah melurut perlahan dari kedudukan duduk ke pembaringan saat malaikat selesai mengambil nyawa dia...aku nampak semua tu depan mata malah tak pernah padam hingga ke hari ni..Aku simpan lagi kata-kata dia masa aku peluk dia " Sib baik babah tak mati!!"...akibat serangan angin pasang..Buat kaum lelaki jagalah diri anda,jangan biarkan tubuh sejuk dan terdedah..jaga kantung sulit anda!(unsur lucah sikit tapi sebagai nasihat k) seacrhla dan carila info perihal angin pasang ni, tuk kebaikan bersama..tambah-tambah macam aku ada sejarah kematian akibat angin pasang ni..
Apa pun doa untuk babah memang aku kerap panjatkan..dia babah yang terbaik dalam hidup aku dan keluarga..Thanks to adik aku madamlala yang scan gambo babah yg ada dalam simpanan dia...
Al-Fatihah buat babah RAMAN BIN ADIL dan juga arwah pak mertua ABDULLAH BIN MOBIL..
(sib baik dulu masa kecik-kecik kalau rindu babah leh cari kembar babah RAHIM BIN ADIL, kembar seiras.. mula-mula tu sedey gak tak leh nak pandang, lama-lama kalau rindu cari lah babah aim, tuk hilangkan kerinduan kami)
Subscribe to:
Posts (Atom)