halwa telinga
Friday, September 16, 2011
Cepatlah kurus ma....aiseyyyy!!
Assalammualaikum semua..
Bila dina sudah komplain mama bertambah gemuk..Kadang-kadang leh terima kadang-kadang jadi nak marah..Malu pun aderr...anak saya yang seorg ni mulut amatlah lepas menegur..dan2 tu jugak..huhuhu sape yg tak faham memang terasa hati terus.Tapi serius budak lurusnya teramat sangat apa yang mereka nampak itu yang mereka utarakan.
Ya!memang mama dah gemuk nak!hahaha..terlebih-lebih sudah..Camna mama nak kuruskan lagi melainkan mama mengandung dan berpantang! sure mama kurus semula hahaha.
Cepatlah kurus ma...habis semua nama kawan-kawan dia punya mak dia sebut..tengok aunty tu..aunty ni..diorg semua kurus, mama tak kurus-kurus kakakaka..
itu belum lagi abah korang tersenyum-senyum menegur...hehehe..mana mahu sama sayang dengan zaman kita bercinta..zaman kita berdua..zaman kita bertiga dan sekarang berempat..kadang-kadang sindiran abah dalam gurauan dan gelak tu menikam hati kalbu woo..masa tu mula la berangan-angan balik nak kurus macam dulu hahahaha...
mungkin kalau saya bekerjaya saya tidak sebegini kot...sibuk dengan keje dan urusan rumahtangga.tapi bila duduk rumah..mulut ngap ngap ngap makan..anak tak abes mama sambung habiskan makan..membazir!!hahahah..tapi kat Saudi ni bertambah gemuk dan sihatnya isteri maka cukuplah maknanya makan pakai suami dia sediakan kikiki..tapi kalau yang kurus melidi sekeping tak akan laki tak beri makan cukup pulak kan?adehhh apa punya konseplaa..
apa-apa pun saya amatlah berharap walau saya gemuk saya mahu kondisi keadaan kesihatan saya semua sihat dari pelbagai penyakit. saya amat berharap itu! Mudahan ye tak?mama harap anak-anak mama sentiasa mendoakan mama diberikan kesihatan yang baik walau mama GEMUK nak! kikikiki
so jom pakat-pakat puasa...saya dan suami masih meneruskan puasa di bulan syawal ini..suami bukan sahaja puasa dr menahan lapar dan dahaga malah puasa ROKOK! ye yang?hehehe.Alhamdulillah ada perubahan Insya ALLAH kami bangga dengan abah..cuba usahakan ye bah..kalau tak fikir kesihatan abah fikirkan kesihatan kami yang kadang terhidu itu asap punya rokok!kikikiki...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment