halwa telinga
Wednesday, September 14, 2011
Dah Habis Raya ke??
Assalammualaikum semua...
Syawal sebulan maka masih ada lagi kawan-kawan kat Yanbu ni yang buat open house..mana yg ada kesempatan kami join dapatlah kami join tuk bersua ngan kawan-kawan dan mengadap pelbagai juadah raya yang terhidang. Untuk yang menjemput terima kasih kami ucapkan. Walau jauh dr Malaysia suasana tetap kami rasai meriah!
Nampaknya hasrat hati kami nak ke Mekah tidak kesampaian kerana En suami terpaksa bekerja 12 jam. Sekarang ni tengok kat TV live Masjidil Haram tak ramai org..kerana akhir bulan ini tetamu ALLAH untuk Hajj 1432h akan berkunjung tiba..maka munculnya bulan haji maka dengan ini sudah hampir setahun juga saya dan suami memiliki kenangan di Arafah, Mina sewaktu musim haji. Cepatnya masa berlalu,saya kepingin untuk menunaikan Haji lagi..Bukan tamak! tapi ambil peluang dan semoga saya dan suami masih diberikan Jemputan Istimewa ini lagi di masa akan datang. Sambung balik cerita di Masjidil Haram dengan keadaan sekarang rugi tak pergi untuk mengucup Hajar Aswad...Aduhhh tenangnya...
So jom jenguk sikit gambo-gambo juadah yg sempat saya snap masa raya tahun ni...(gambo 3 yg atas tu juadah raya aye yek..hihihi)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment