halwa telinga
Monday, September 19, 2011
Lenggang ke Lengang?
Assalammualaikum semua...
Insya ALLAH esok nak ke Mekah untuk Umrah. Ya ALLAH bila tengok tv live mekah sekarang ni lengang...hati ni tersiat-siat tahu tak?membuak-buak nak pergi..rasa nak terbang segera sampai depan Haram. Cakap pada En suami bila dengar bini dia berbalik-balik cakap lengangnyaaa...tak sabar ni...dia pun cakap Insya ALLAH abang cuti jom kita buat Umrah. Da sebulan tak pergi lepas buat Umrah ramadhan yang lalu..Aku baru sebulan bagaimanalah mereka yang berbulan-bulan,bertahun-tahun menanti untuk tiba kembali ke Masjidil Haram.Tak dapat aku bayangkan kalau di tempat mereka. Sure berjuraian airmata aku menunggu saat untuk kembali lagi ke Kota Makkah dan Madinah.
Sayangnya bang, nak tinggalkan tempat ni..Sayang sangat-sangat akan peluang yang diberikan ini. Mahu menangis merintih merindukan sang KEKASIH yang DISAYANGI semua..merindukan MAHA PENCIPTA YANG AGUNG..Mudahan kami diberikan lagi peluang untuk hidup di sini.
Cer tengok gambo tu..betapa tertibnya mereka tunggu giliran nak cium hajar Aswad..Saya nak ambil peluang ni..Rasa satu kepuasan bila sudah mengucup hajar aswad..rasa freshhh...hehehe..saya tunggu saat ini. Saya da tanam awal-awal untuk seminggu ni di samping hajat untuk dapat mengucup hajar aswad bersama suami dan anak-anak. Kalini saya nak bawa Thaqif. Kalau Dina mesti sibuk akan berkata "Nak cium batu hitam..nak cium batu hitam...Insya ALLAH nak, esok kita pergi k.
Cuba tengok pula kawasan sfera Hijr Ismail tu..Mudahkan nak masuk solat dalam tu..Nak masuk Hijr Ismail memang mudah walau sewaktu jemaah ramai. Niat sahaja dalam hati dan belajar serta berusaha merentangi arus jemaah Insya ALLAH tahu-tahu kita da di dalam tue. Tiap kali ke Haram saya pasang niat awal-awal, berulang-ulang kali...aku nak masuk Hirj Ismail Ya ALLAH...aku ingin masuk solat di situ. Langkahkan kaki dengan tenang..tahu-tahu dah di dalam tu. Tapi harini cuba tengok gambo tu..betapa lengangnya..mudah jek nak masuk..saat ini jangan dilepaskan. ALLAH bagi kemudahan kita kejar untuk kenikmatan itu.
Doakan perjalanan kami di permudahakan..Doakan saya tak direntangi halangan wanita untuk perform Umrah esok ye..Amin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Assalamualaikum Erah,
Subhanallah...
Bergenang air mata, berdebar dan macam nak terbang je ke Tanah Haram sekarang juga untuk menikmati keindahan dan kedamaian beribadah ketika ini..
Ye.. ambil dan gunakanlah peluang keemasan yang dikurnikan Allah untuk erah sekeluarga. Ibu doakan semoga perjalanan umrah erah sekeluarga dipermudahkan Allah jua hendaknya.
Kalau tak lupa doakan juga yang terbaik untuk ibu dan keluarga di Malaysia ye..
Post a Comment