Assalammualaikum semua...
Hari ini saya di kemukakan persoalan yang semua kaum ibu perlu hadapi bila anak perempuan sudah semakin bijak mengutarakan persoalan dengan melihat keadaan semasa di sekeliling dia.
Anak saya Dina mengemukan soalan.."kenapa mama tak sembahyang hari ini?"
emmm soalan ini timbul bilamana dia melihat saya seminggu ini tidak bingkas bersolat. Dia tahu saya uzur bilamana saya utarakan jawapan "mama uzur...
tapi katanya kenapa perlu uzur..pantas saya teringat adegan dalam cerita animasi UPIN IPIN dimana kak ros menjawab.."akak kan istimewa"hehehehe
jadi jawapan itu juga saya lahirkan "Mamakan istimewa...
Lepas tu dia berkata lagi "wooo orang yang lepas bersalin baby pun tak boleh solat eh?dia uzur juga ye? Soalan ini timbul bilamana semalam saya dan keluarga melawat teman kami yang baru seminggu melahirkan baby..Bilamana selalu bila saya berkunjung ke rumah teman tersebut saya akan tumpang menunaikan solat bersama-sama teman.
Saya katakan pada dina..mama uzur..untie pun uzur...jadi kami perempuan yang istimewa..
Dina bertanya lagi " Jadi kakak nanti da besar uzur tak?hehehehe
Saya kata sebab kakak juga perempuan macam mama jadi kakak pun istimewa maka ALLAH memberikan kakak cuti dalam bersolat. Kita nak jumpa ALLAH kenalah bersih saya kata..Mudahan penjelasan pendek saya ini membuatkan Dina faham untuk menghadapi perjalanan dia dalam tumbesaran kelak.
Saya makin tersedar yanag anak saya makin membesar dan memerhati keadaan sekeliling..saya erlu lakukan sesuatu agar dia lebih memahami. Saya juga makin risau kerana dia adalah anak perempuan yang perlu saya jagai setiap masa...Anak perempuan perlukan pengawasan yang tinggi...Saya juga makin sedar yang saya makin berusia...hehehe
5 comments:
akak pun pernah kena soal dgn anak akak waktu mereka kecil dulu...anak akak semuanya lelaki :)
anak-anak ni baik lelaki baik perempuan malah di zaman sekarang ni akan penuh dengan persoalan..kita harus menyediakan soalan yang benar-benar sesuai dengan usia mereka..saya jadi risau kerana dina makin banyak menyoal tentang hidup..tentang agama...saya perlu ilmu yang cukup dalam menerangkan kepada dia..hehehe..(tp ilmu masih banyak ruang kosongnya)
Erah, lagi mencabar bila anak dara saya tanya, kenapa dia kena pakai tudung, ada orang lain tu tak pakai tudung pun. Huhuhu... Si adik menyampuk, dia tu tak muslim la kan mama... Aduyaiii... Ternganga mama pun..
Ejal..tulaa makin besar makin mencabar gak pertanyaan mereka..kena betul2 logiknye alasan nak di beri kalau tak akan berulang2 bertanya sampai dia puas hati! hehehe
bijak jawapan kau...aku suka....
Post a Comment