Assalammualaikum semua...adehhhh da dua minggu menanggung masalah ni..kalini benar-benar teruk...pendarahan yang banyak dan rasa macam baru lepas bersalin...ujian darah dan dua kali ultra sound akhirnya hari ni keputusannya PCO...ALLAH...Gemuk doktor kata..memang gemuk pun doktor..nak kena senaman laaa...harini dua tambahan ubat lagi tuk hentikan pendarahan yang melampau ni..ate da macam orang baru pas banak..azabnyeee...Mula-mula tengok darah macam orang gugur.takut...nangis dan nangis dan nangis lagi..."Ya ALLAH berikan aku kekebalan keimanan untuk hadapi ujian-ujianmu..Jika ujian ini adalah atas dosa-dosaku dahulu aku REDHA YA ALLAH"..hahhh doa tulaaa setiap saat minit masa dan hari den duk baca...Mudahan saya sembuh sepenuhnya kelak...
Mahu nambah lagi ahli keluarga tapi lum ada rezeki kena hadapi masalah PCO dulu...tanganinya Insya ALLAH mudahan ada rezeki kelak ya hubby..
´Polycystic
ovary´ atau PCO adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang
terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur
telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan
pada waktu subur. Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari
akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut.
Ciri
ovari yang dapat dilihat oleh doktor pakar sakit puan semasa pemeriksaan
´vaginal ultrasound´ akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar
hingga dua atau tiga kali ganda daripada saiz biasa. Kelihatan ovari itu
seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar ´honeycomb
appearance´. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang
telah terperangkap.
Wanita
yang gemuk, pusingan haid tidak teratur dan terdapat rambut pada kaki, badan
atau muka, maka mereka ini haruslah berwaspada kerana mungkin mengalami masalah
kilang ovari bengkak atau ´polycystic ovary´. Peratus penyakit ini kian
meningkat di kalangan wanita-wanita di Malaysia dan dianggarkan berada pada
tahap yang agak membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka
untuk hamil dan melahirkan anak.
TANDA-TANDA
PENYAKIT PCO
1. Tidak Subur atau Mandul
Kebanyakan pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakit puan kerana mereka
mengalami masalah sukar hendak hamil walaupun sudah beberapa tahun berkahwin -
masih belum mendapat zuriat dan telah lama mencuba. Ada yang berjaya mendapat
anak pertama tetapi gagal untuk hamil lagi selepas itu dan mereka ini mudah
mengalami peningkatan berat badan serta berlaku secara mendadak.
2. Haid Tidak Teratur
Tanda yang biasa bagi pesakit PCO ialah kitaran haid yang tidak teratur, lambat
datang haid dan kadang-kadang jarak antara haid begitu jauh sekali mencecah
hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Dan ada sesetengah
wanita pula sampai setahun tidak datang haid.
3. Gemuk
Peningkatan berat badan menyebabkan seseorang wanita itu mengahadapi masalah
kegemukan atau ´obese´, malah peningkat berat badan ini berlaku secara mendadak
selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak
teratur. Dan tahap kesuburan mereka sangat rendah ataupun langsung tidak subur
kerana telur tidak dapat menetas.
4. Darah Haid Sedikit atau/dan Berpanjangan
Wanita yang mengidap penyakit POC akan mengalami haid yang sangat sedikit -
hanya menitis selama dua atau tiga hari. Ada juga di kalangan mereka yang
mengalami perdarahan yang berpanjangan hingga 15 ataupun 30 hari tanpa
berhenti. Hal ini tidak terjadi pada wanita normal, seperti biasa haid akan
keluar dengan sederhana selama seminggu.
5. Tumbuh Rambut
Tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut - juga
tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini
menandakan peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita tersebut dan merupakan
satu keadaan yang sering berlaku di kalangan pengidap penyakit POC ini.
PUNCA
PENYAKIT POC
Punca
sebenar bagi penyakit ini masih tidak diketahui. Salah satu mungkin kerana
keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang
mengawal pembentukan hormon. Maka apabila paras hormon dalam darah dikaji,
dapat dikesan wanita tersebut mengalami gangguan dalam hormon kesuburan mereka
iaitu tahap hormon FSH (normal), LH - tinggi, hormon estrongen - tinggi, hormon
progesterone - rendah, hormon progesterone - rendah, hormon testosterone (iaitu
hormon lelaki) -meningkat tinggi. Peningkatan berat badan juga ada kaitan
dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita
tersebut.
Penyakit
PCO juga mungkin disebabkan oleh ciri atau pengaruh kebakaan dan keturunan dalam
penyakit ini malah faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan
yang mengandungi banyak karbohaidrat dan gula, perisa dan pengawet makanan
mungkin menyumbang kepada kejadian penyakit PCO. Selain itu, faktor stress atau
tekanan fizikal dan mental yang berlaku di pejabat dan rumah, pergeseran dan
konflik di kalangan keluarga atau saudara mara dan ketika memandu juga
menyebabkan masalah PCO.
TUJUAN
RAWATAN
Tujuan
pertama ialah untuk meningkatkan kesuburan kerana sebahagian besar daripada mereka
berjumpa doktor dengan tujuan untuk mendapatkan anak dan kerana mereka
mengalami ketidaksuburan ataupun kemandulan. Tujuan kedua ialah untuk
membetulkan pusingan haid supaya jarak antara satu haid supaya jarak antara
satu haid dengan yang lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari.
ANTARA
RAWATAN PCO
1. Mengawal Kegemukan (Obesity)
Perkara yang penting sekali ialah ketabahan, disiplin serta keazaman diri
pesakti untuk mengurangkan berat badan kerana sebenarnya orang yang ´obese´
atau gemuk mengalami masalah tabiat makan. Kebanyakan daripada mereka mungkin
melebihi 70 kilogram dan berat badan yang sebaiknya bagi wanita yang ukuran
tinggi 5 kaki 2 inci ialah kurang daripada 60 kilogram. Selain itu, kekuatan
mental juga penting untuk mengawal pemakanan mereka serta mereka perlu membuat
riadah atau ´exercise´ yang sistematik.
2. Meningkatkan Kesuburan Wanita
Dari segi merawat kesuburan, terdapat banyak kaedah rawatan yang sering dicuba
oleh pakar sakitpuan. Diantaranya ialah pengunaan ubat seperti:
a. Ubat subur Clomiphene
Biasanya ubat subur Clomiphene atau clomid akan diberikan dalam dos yang tinggi
mungkin sampai ke tahap 250 mg atau lima biji sehari untuk selama 5 hari hingga
7 hari mulai daripada hari kedua atau ketiga dari hari mula keluar haid. Tujuan
rawatan ini ialah untuk merangsang ovari yang polycystic ini untuk mengeluarkan
telur. Respons yang positif dan dapat mengeluarkan benih telur mungkin berlaku
hanya kepada sebahagian pesakit sahaja dan sesetengah diantara mereka tidak
akan menunjukkan kesan positif dari segi pengeluaran telur. Walaupun demikian
setiap wanita yang menjalani rawatan kesuburan memerlukan pengawasan dan ujian
yang teliti oleh pakar sakitpuan kerana jika terlalu banyak telur dikeluarkan
pada satu masa ini boleh membahayakan kesihatan menyebabkan kandungan yang
berganda-ganda.
b. Ubat Kesuburan Gonadotrophin
Suntikan hormon Gonadotrophin yang juga diberikan mulai hari kedua haid selama
lima hari berturut-turut. Bahayanya ubat ini ialah rangsangan telur yang
berlebihan menyebabkan terlalu banyak telur keluar dan ini boleh menjejaskan
kesihatan dan menyebabkan kehamilan berganda.
c. Ubat Metformine
Mengikut kajian 60 peratus daripada wanita yang mengambil ubat ini akan menetas
telurnya dan sebahagian besar juga akan akhirnya mengandung. Ubat metformine
yang biasa digunakan untuk merawat kencing manis akan digunakan dalam jangka
masa enam bulan berturut dan dos yang digunakan ialah antara 1 gm hingga 2.5 gm
setiap hari sehingga enam bulan.
3. Rawatan ´Laparoscopy´ dan ´Ovarian Drilling´
Ini adalah satu kaedah baru dimana pesakit POC akan menjalani pembedahan kecil
yang memerlukan bius am. Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan
seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik ´cautery´
ataupun ´laser cautery´. Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam
lingkungan 50 hingga 60 peratus.
Copyright
©2009 www.yadim.com.my on Thursday, March 19, 2009
‘Polycystic Ovary’ (PCO) Mengancam Kesuburan Wanita Malaysia
Susunan NURBALQIS HAYATI AHMAD NAJIH
2 comments:
Aku doakan kau sembuh sepenuhnya long... don worry tau..
eehh... awak yg kena ke nih? alahaiii... siannya... skang camne? dah ok ke? teruk jek bunyinya siap dok umah faizah... dah jiran saya tu... awat tak habaq, leh gi visit...
Post a Comment