Assalamualaikum wbt,
menyengat plak tajuk malam hari ni (kat sini malam mesia da pagi,nak tunggu subuh jek). Saya rindu nak balik tanah tumpah darah saya yakni negeri Melaka. "SEGALANYA ADA DI MELAKA". Apa yang takde kat Melaka tu cuba kabo ke saya. Nak naik whel char besar huahuhaua bukan whel char, eye on Melaka benaunye huhuhu ada kat Melaka. Nak lihat pemandangan sekitar Melaka naiklah menara tamingsari. Nak tahu kesan sejarah nak kaji sejarah datang jek Melaka. Nak naik bot ala2 Venice naik jek kat Melaka nyusur sepanjang sungai Melaka. Nak g shopink macam-macam shopink complex ada.Larat ngan tak larat jek kamu nak jalan,dr yg secomel-comel hingga yang sebesarnya bak kata orang kalau jalan mahu ketaq kepala lutut hehehe.
Saya mahu balik Melaka,saya mahu makan masakan mama dan mertua saya. Dan yg paling perlu saya dan suami cari bila balik Melaka ialah asam pedas semestinya ke kedai Haji Hamzah kat Pasar Borong Batu Berendam.Marvellos!Pahtu tak lupa juga mesti pekena Yong Tau Foo kat Pulau Gadung.waduh enaknya. Da macam orang ngidam bila teringat makanan tu! Kami juga akan berkunjung ke kedai makan selera kampung nak pekena kerabu mangga dan pelbagai sajian lauk yang terlalu banyak sampai tak tahu nak pilih apa. Emm,apalagi eik yang mesti kami makan bila balik nanti? Hah! nak ke restoran ikan bakar kat muara sungai dekat Alai. Kalau balik tak cari makan tak sah! hehehe
Balik kampung kali ni juga saya ada reunion class 5 Anggun tahun 1996. Saya mesti hadirkan diri dan yang pasti saya yang paling gebu antara rakan kelas yang lain hahaha,dua atau tiga kali ganda dari dulu huhuhuh.
Apa-apa pun tiket dari lan 12 lagi kami da beli tunggu nak balik jek( beli time murah!hahaha),kalini kami naik Saudi Airlines.Jom kita balik kampung! Tempat jatuh lagi di kenang,sementara kita masih ada orang yang kita sayang di sana mari kita jenguk-jenguk mereka dan hiburkan hati mereka. Tapi cuba kabo ke saya,sesapa yang merantau ada tak yang taknak balik kampung? Takde kan? Semua orang ternanti-nanti nak balik kampung.Macam saya yang dok hitung hari je.
"Segalanya Ada Di Melaka"
1 comment:
menunggu jugakkkkk.....rindu kat kamoo dan anak2...
eh, flite bila?
Post a Comment