Assalammualaikum..
tentu sudah ramai yang tahu kisah nabi Yunus..Malah ramai sudah hafaz doa yang Nabi Yunus ucapkan semasa dalam perut ikan Paus..
Kisah Nabi Yunus yang terpilih atas undian yang di buat ketika berada di atas kapal yang di tumpangi.Kapal yang mulai senget dan mereka mengambil keputusan untuk mengurangkan muatan kapal. Untuk tujuan itu mereka terpaksa mengundi untuk menentukan seorang daripada mereka yang akan di campakkan ke laut.
Undi yang di buat jatuh kepada Nabi Yunus. Tetapi mereka enggan untuk mencampakkanya ke laut.maka undian terus di buat semula sehingga kali ke 3 masih berpihak kepada Nabi Yunus. Nabi Yunus merasakan ini semua ini ketentuan ALLAH S.W.T kerana baginda tidak sepatutnya meninggalkan negeri Niwana,tetapi baginda hendaklah terus menyeru kaumnya itu.Nabi Yunus menabahkan hatinya dan baginda terus terjun ke dalam laut.
Ketika itu Allah s.w.t meghantar seekor ikan paus yang besar untuk menelan Nabi Yunus. Allah s.w.t tidak membenarkan ikan paus itu membinasakan Nabi Yunus.
Nabi Yunus yang berada di dalam perut ikan paus berada dalam kegelapan,bahkan lebih gelap daripada hari malam. Baginda merasakan harapan baginda untuk selamat tipis. tetapi baginda tetap juga terus berdoa dan berzikir...Tahu kan apa doa Nabi Yunus???
Itu lah doa yang di amalkan oleh Nabi Yunus. Saya percaya bila kita di timpa musibah dan gundah gulana tentu kita lafazkan doa ini berulang-ulang kali.
Kerana itulah akhirnya Nabi Yunus terselamat apabila ALLAH memerintahkan ikan paus pergi ke tepi pantai dan meluahkan keluar Nabi Yunus. Ketika itu baginda sangat lemah dan sakit.
Dengan rahmat ALLAH atas diri Nabi Yunus, di tempat dia terdampar itu,lalu tumbuh sepohon Yaqtin yang berbuah dan berdaun rimbun. Buahnya lalu di makan oleh nabi yunus dan di bawah naungan daunnya yang rimbun itula Nabi yunus berlindung dan berteduh dari terikan panas matahari.
jadi nyatalah bahawa yang menyebabkan dia dapat hidup dalam perut ikan selama tiga hari tiga malam tanpa udara,makanan dan minuman itu adalah lantaran zikir dan ibadat yang banyak dilakukannya sebelum kejadian itu. Zikir dan ibadat itulah yang dapat menjadi udara, makanan dan minumannya. Sungguh beruntunglah manusia yang dalam hidupnya banyak melakukan zikir dan ibadat terhadap ALLAH,Tuhan Rabbul Alamin.
No comments:
Post a Comment