halwa telinga

Thursday, January 24, 2013

Salam Maliudur Rasul

Assalammualaikum semua...

Jika di soal soalan-soalan ini...Siapa Nabi kamu? Siapa Nama ibu Nabi s.a.w?Siapa nama bapa Nabi s.a.w?tentu semuanya sudah ada jawapan nya...

Mari kita ulangkaji semula perkara yang wajib kita ketahui dalam Rukun Iman kita iaitu Beriman kepada Nabi dan Rasul dan juga sempena Hari kelahiran Baginda s.a.w ini mari kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Allah Muhammad s.a.w.

Kelahiran Nabi Muhammad Bin Abdullah

Apabila tiba saat Abdullah mahu dikahwinkan,Abdul Muttalib mengahwinkan Abdullah dengan Siti Aminah binti Wahab yang juga daripada keturunan suku Abdul Manaf. Keturunan ayah dan ibu Nabi Muhamaad adalah daripada Qusai bin kilab. Kesemua mereka daripada keturunan Ismail. Daripada sudut keturunan pula,Muhammad bin Abdullah adalah orang yang paling mulia dan paling bangsawan.

Keluarga Siti Aminah tinggal di Yathrib atau Madinah. Abdul Muttalib membawa anaknya Abdullah ke Madinah dan dikahwinkan di sana dengan Siti Aminah.Selepas itu,mereka pulang ke Mekah. Semasa Siti Aminah mengandung ayah Nabi Muhammad meninggal dunia sebelum baginda dilahirkan lagi.

Sebelum Aminah melahirkan Muhammad,dia bermimpi melihat dirinya melahirkan seorang anak lelaki yang lahir bersama satu cahaya memenuhi bumi. Siti Aminah juga melihat dirinya berdoa kepada Tuhan,"Aku berlindung kepada Tuhan yang Esa supaya di selamatkan anak ini daripada semua orang yang dengki."

Jadi bila kelahiran Nabi Allah kita???Kelahiran ini adalah pada HARI ISNIN 12 RABIULAWAL TAHUN GAJAH atau mengikut ahli sejarah 50hari selepas peristiwa tentera gajah.

Kita ingat semula:-

1) Siapa nama bapa Nabi Muhammad? - jawapannya Abdullah bin Abdul Muttalib
2) Siapa nama ibu Nabi Muhammad? - jawapannya Siti Aminah bt Wahab
3) Siapa nama datuk Nabi Muhammad?- jawapannya Abdul Muttalib (nama sebenarnya Syaibah)

Nama Nabi Muhammad diberikan datuknya Abdul Muttalib. Pada suatu masa, Abdul Muttalib pernah mengembara ke  negeri Syam dengan tiga orang sahabatnya. Mereka bertemu dengan ulama Yahudi di Syam. Rahib ini bercerita kepada mereka, akan lahir seorang nabi di Mekah yang bernama Muhammad. Selepas itu,apabila pulang keempat-empat mereka berazam menamakan anak mereka Muhammad. Dari sinilah Abdul Muttalib menamakan cucu lelaki daripada anak kesayangannya itu dengan nama Muhammad. Sebelum itu orang-orang arab tidak ada yang bernama Muhammad.

Itulah secara ringkas sejarah kelahiran Nabi Allah kita yang sememangnya kita perlu ketahui jika kita sayang dan merindui Baginda...Selawat dan Assalam buat Nabi yang kita sayangi dan rindui...Nabi Muhammad S.A.W.

(Rujukan dan pembacaan dari buku 25 rasul dan Biografi Muhammad Bin Abdullah )


No comments:

Jenguk-jenguk gak cete yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...