" Ingatlah kisah-kisah Ismail, Idris dan Zulkifli ; masing-masing termasuk golongan orang-orang yang sabar,"
( Al-Anbiyak : 85)
Hari ni kita cerita tentang Sirah Nabi..Ramai yang dah tahu tapi mari kita refresh kembali cerita-cerita zaman nabi...
Siapa tahu, Siapakah nabi yang masuk syurga sebelum Mati?
Ya...Nabi Idris a.s.Baginda di gelar " Asadul Usud" yang bermaksud " Singa daripada segala singa".
Diriwayatkan Nabi Idris a.s telah naik ke langit pada Hari isni. Hal itu terjadi pada usia baginda 82tahun.Nama sebenar baginda adalah "Akhnukh'. Sebab baginda di namakan Idris kerana baginda banyak membaca, mempelajari (tadarus) kitab Allah s.w.t.
Nabi Idris a.s beribadah dengan amalan yang sukar di gambarkan. Sehingga Malaikat Maut merindui baginda dan ingin bertemu dengan baginda. Malaikat Maut bermohon kepada Allah s.w.t agar diizinkan untuk pergi berjumpa dengan Nabi Idris a.s.
Nabi Idris a.s mempunyai kebiasaan berpuasa sepanjang masa. Apabila waktu berbuka telah tiba,maka datanglah malaikat dari Syurga membawa makanan Nabi idris,kaku baginda menikmati makanan tersebut.Kemudian baginda beribadah sepanjang malam. Pada suatu malam,Malaikat Maut datang menemui baginda sambil membawa makanan dari Syurga. Nabi Idris menikmati makanan itu. Kemudian berkata baginda kepada Malaikat maut:"Wahai tuan,marilah kita nikmati makanan ini bersama-sama." Tetapi Malaikat itu menolaknya.
Nabi Idris terus melanjutkan ibadahnya,sedangkan Malaikat Maut itu dengan setia menunggu sampai terbit matahari. Nabi Idris merasa hairan melihat sikap Malaikat itu.Kemudian baginda berkata " Wahai tuan,mahukah tuan bersiar-siar bersama saya melihat keindahan alam persekitaran?"Malaikat Maut bersetuju. Mereka berjalan dan bersiar-siar selama empat hari. Selama itu Nabi Idris menemui keanehan pada diri temannya itu.
Kemudian baginda bertanya :"Wahai tuan bolehkah saya tahu,siapakah tuan yang sebenarnya?"
"Saya adalah Malaikat Maut."
"Tuankah yang bertuga mencabut nyawa semua mahluk?"
"Benar ya Idris,"
"Sedangkan tuan bersama saya 4hari,adakah tuan juga telah mencabut nyawa-nyawa makhluk?"
"Wahai Idris,selama 4 hari ini banyak sekali nyawa yang telah saya cabut. Roh makhluk-makhluk itu bagaikan hidangan di hadapanku,aku ambil mereka bagaikan seseorang sedang menyuap-yuap makanan."
"Wahai Malaikat, apakah tujuan tuan datang,apakah untuk ziarah atau mencabut nyawaku?"
"saya datang untuk menziarahimu dan Allah s.w.t telah mengizinkan niatku itu."
"Wahai Malaikat Maut, kabulkanlah satu permintaanku kepadamu,iaitu agar tuan mencabut nyawaku,kemudian tuan mohonkan kepada Allah agar menghidupkan saya kembali,supaya aku dapat menyembah Allah setelah aku merasakan dahsyatnya sakaratul maut."
"Malaikat Maut pun menjawab: "sesungguhnya saya tidaklah mencabut nyawa seseorang pun,melainkan hanya dengan keizinan Allah."
Lalu Allah s.w.t mewahyukan kepada Malaikat maut agar ia mencabut nyawa Idris a,s.Maka di cabutnyalah nyawa Idris saat itu juga. Maka Nabi Idris pun merasakan kematian ketika itu. Di waktu Malaikat Maut melihat kematian Nabi Idris itu maka menangisla ia. Dengan perasaan hiba dan sedih ia memohon kepada Allah supaya menghidupkan kembali sahabatnya itu. Allah mengkabulkannya.
Kemudian Malaikat Maut memeluk Nabi Idris dan bertanya : "Wahai saudaraku,bagaimanakah tuan merasakan kesakitan maut itu?"
"Bila seekor binatang dilapah kulitnya ketika ia masih hidup,maka sakitnya maut itu seribu kali lebih sakit daripadanya."
"padahal kelembutan yang saya lakukan terhadap tuan,ketika saya cabut nyawa tuan itu,belum pernah saya lakukan terhadap sesiapa pun sebelum tuan."
Dalam pada itu Nabi Allah idris meminta pula untuk melihat neraka. Dan dengan wahyu Allah s.w.t malaikat Maut membawa baginda ke dalam Neraka. Di neraka itu, Nabi idris a.s melihat semua yang diciptakan Allah untuk menyiksa musuh-musuh-Nya. seperti rantai-rantai yang panas,ular yang berbisa,kala,api yang membara,timah yang panas mendidih,pokok-pokok yang oenuh duri,air yang mendidih dan lain-lain.
Setelah puas melihat neraka.Nabi Allah Idris meminta pula ingin melihat syurga. Hajat itu Allah kabulkan. mereka berada di Pintu syurga.Dari situ Nabi idris dapat melihat pemandangan di dalam Syurga. Segala macam kenikmatan di sediakan oleh Allah untuk para wali-wali-NYA.
Kemudian Nabi Idris berkata " Wahai Malaikat maut, saya telah merasakan pahit mautnya dan dahsyatnya Api Neraka.Maka mahukah tuan memohonkan kepada Allah untukku,agar Allah mengizinkan aku memasuki Syurga untuk dapat meminum airnya,untuk menghilabgkan kesakitan mati dan dahsyatnya api neraka?"
Malaikat Maut pun bermohon kepada Allah.Kemudian Allah memberi izin tetapi dengan syarat harus keluar semula. Masukla Nabi idris ke dalam syurga dengan meletakkan kasutnya di bawah salah satu pohon Syurga. Setelah kembali keluar dari Syurga Nabi idris berkata kepada Malaikat maut:
"Wahai Malaikat Maut,aku telah meninggalkan kasutku di dalam Syurga."
Malaikat Maut pun berkata " Masuklah ke dalam Syurga dan ambil kasut tuan."
Maka masuklah Nabi idris,namun baginda tidak mahu keluar lagi,sehingga Malaikat Maut memanggilnya: "Ya Idris,keluarlah!"
"Tidak,wahai Malaikat maut kerana Allah telah berfirman : "Setiap yang berjiwa akan merasakan mati" ( Ali-Imran :185)
Sedangkan saya telah merasakan kematian. Dan Allah juga berfirman : " Dan tidak ada seorang daripadamu.melainkan mendatangi Neraka itu." (Maryam : 71)
Dan saya telah mendatangi Neraka itu.Dan firman Allah lagi: "....Dan mereka sekali-kali tidak akan keluarkan daripadanya (Syurga)." ( Al-Hijr :48)
Maka Allah menurunkan wahyu kepada Malaikat Maut itu: "Biarkanlah dia,kerana AKU telah menetapkan di azali bahawa ia akan bertempat tinggal di Syurga"
Begitulah kisahnya Nabi Idris a.s
Mudahan kita semua juga akan masuk syurga..Aamiin.
No comments:
Post a Comment